Wednesday, November 20, 2019

Majlis Jamuan Semarak Kasih Semarak Budi


Pada hari Ahad , 17 November 2019 – KEBIRU SMK Benut telah berjaya mengadakan majlis jamuan persaraan Pn Zainah di Pinetree Hotel, Batu Pahat. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga yang diraikan.

Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha dan komitmen Pn Zainah sepanjang berada di SMK Benut. Beliau mengharapkan agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis diteruskan dengan ucapan yang diraikan yang mana beliau telah merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menyumbang bakti tenaga di SMKB.
  
Diharap Pn Zainah akan terus maju jaya dan SELAMAT BERSARA dari seluruh warga SMK Benut.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :






















Gotong-Royong SMK Benut 2019


TARIKH: 10 November 2019

Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah mengadakan Program Gotong-royong di sekitar kawasan sekolah. Program ini telah dapat mengeratkan semangat bekerjasama antara warga sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan seluruh kawasan sekolah.
Objektif :
1) Mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara warga sekolah dengan komuniti selaras dengan kehendak SKPMg2 pada standard kualiti 2.6.1 iaitu merancang dan melaksanakan program yang berteraskan perpaduan.
2)Mewujudkan persekitaran yang ceria dan harmonis untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Negara.
3) Menceriakan persekitaran kelas dan sekolah seiring dengan motto kelas Pembelajaran Abad ke-21.
Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan jutaan terima kassih diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMKB yg telah menjayakan aktiviti ini.