Monday, July 31, 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKB 2017

Pada hari Ahad , 23 Julai 2017 - SMK Benut telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan yang turut hadir seperti mantan Pengetua SMK Benut, En Mastura Aladdin bin Masro serta guru-guru yang telah berpindah .

Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagmalam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Mohd Arbain bin Sapuan. Majlis kemudian disambung dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Selepas bacaan doa, majlis memberi laluan kepada jamuan makan.

Semua warga SMK Benut kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan. Antara juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut adalah seperti, ketupat, rending, ayam masak merah, mee hoon sup, laksa dan pelbagai jenis hidangan lagi yang mana banyak disumbang oleh guru-guru dan staf SMKB.

Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan. Diharap majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut terutama dalam bulan baik ini.


Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :

























Sunday, July 30, 2017

Lawatan Sambil Belajar Sejarah
Gunung Lambak, Kluang Johor

29 Julai (Sabtu): Bagi memenuhi proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah, sebuah lawatan sambil belajar telah diadakan bagi memantapkan lagi pengetahuan sedia ada pelajar. pelajar yang menyertai lawatan ini terdiri daripada pelajar prauniversiti senior iaitu seramai enam belas orang dan diiringi oleh guru sejarah mereka. Diharap lawatan ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan keyakinan diri para pelajar praunivesiti tiga. We Are The Best.


 














Karnival Prauniversiti Peringkat Negeri Johor
Petanque Juara

29 Julai (Sabtu): Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan enam kerana menjuarai pertandingan petanque peringkat negeri Johor. Tempat pertama telah dimenangi oleh kategori lelaki dan perempuan di dalam acara triple. Terima kasih juga diucapkan kepada pengurus dan jurulatih petanque En. Abdul Rahman bin Zainal dan En. Anishak bin Ahmad Penyampaian hadiah telah diadakan di Smk Sultan Ismail, Johor Baharu. Syabas diucapkan kepada para pelajar dan jurulatih. We Are The Best



















Kajian Lapangan Geografi
Felda Tenggaruh 2, Mersing Johor

26 Julai (Rabu): Aktiviti kajian lapangan geografi telah diadakan di Felda Tenggaroh 2, Mersing Johor. Kajian lapangan ini melibatkan pelajar prauniversiti senior empat dan lima. Seramai 40 orang pelajar dan lima orang guru pengiring telah mengikuti kajian yang bertemakan demografi penduduk. Para pelajar diminta membuat bancian soal selidik sebanyak 50 buah rumah di felda tersebut, dimana setiap kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar akan membuat bancian sebanyak lima buah buah.

Secara ringkasnya mengapa pelajar memilih kawasan felda tenggaroh 2 sebagai kawasan kajian lapangan adalah kerana kedudukan geografinya diantara kota tinggi dan mersing, secara tidak langsung menjadi penempatan berpusat kerana faktor-faktor ekonomi. Selain itu felda tersebut juga dilengkapi dengan prasarana. 



 

 

















Pertandingan Batu Seremban


25 Julai (Selasa): Pada minggu lalu pelajar-pelajar  tingkatan enam telah menjalankan aktiviti mingguan  kokurikulum. Sebuah pertandingan permainan tradisional  telah diadakan di peringkat sekolah. Perlawanan diadakan antara pelajar junior dan senior di dalam permainan Batu Seremban. Objektif pertandingan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar senior dan junior serta memperkenalkan permainan tradisional yang semakin kurang dikenali dan diminati oleh remaja pada masa kini. Justeru itu, pihak pengurusan tingkatan enam mengambil langkah memperkenalkan permainan tersebut kepada pelajar di dalam pengisisan kokurilum pelajar. 

 











Friday, July 28, 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Asrama 2017

12 Julai 2017: Majlis Sambutan Hari Raya Asrama 2017 telah diadakan dengan cukup meriah di dewan makan Asrama Asli. Turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran para jemputan yang terdiri daripada ajk asrama, barisan pentadbir dan tenaga pengajar tuisyen SPM asrama.






Wednesday, July 26, 2017

Penjagaan Kebersihan & Kesihatan Gigi dan Mulut

26 Julai 2017: Ceramah berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan gigi dan mulut telah dijalankan di dewan Baiduri dengan sasaran semua murid tingkatan 2 dan 4. Ceramah anjuran Klinik Pergigian Benut telah disampaikan sendiri oleh Dr Sharul Nizamuddin Nor.

Semoga dengan maklumat yang disampaikan oleh penceramah dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. SMKB We Are The Best

Monday, July 3, 2017

Program Agihan Bantuan Sempena Bulan Ramadhan


 

15 Jun 2017: Seramai 30 orang pelajar telah mendapat bantuan sempena bulan Ramadhan 2017. Program ini dijalankan pada pada hari Khamis, 15 Jun 2017 bersamaan dengan 20 Ramadan. Projek ramadhan ini melibatkan pihak pentadbir dan para guru dalam menjayakan program keperihatinan kepada para pelajar bagi meringankan beban ibu bapanya yang mempunyai jumlah pendapatan yang rendah. Penyerahan agihan bantuan raya telah dijalankan selepas waktu persekolahan. 

 

Diucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini kerana program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penjaga para pelajar bersama para guru sempena bulan mulia ini.