Tuesday, August 27, 2019

Sambutan Hari Kebangsaan SMK Benut 2019


TARIKH : 21 Ogos 2019 (RABU)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dataran Baiduri, SMK Benut

Majlis Pelancaran Hari Kebangsaan Malaysia  2019  telah diadakan dengan jayanya pada 21 Ogos 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan


Majlis dimulakan dengan persembahan gimik perasmian dan diteruskan dengan acara perasmian oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Gimik tersebut berakhir dengan sesi bergambar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan murid sempena bulan kemerdekaan. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan jati diri, menanamkan rasa keinsafan dan perasaan bersyukur dalam kalangan seluruhwarga sekolah seterusnya menghargai pengorbanan para pejuang tanah air yang berjuang dengan serba kekurangan, tanpa senjata moden, tanpa alat komunikasi canggih dan tanpa kekayaan harta benda.