Asrama

20 - 21 Mei 2015: Dua orang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Johor Tn. Hj. Arbain Bin Miswan dan En. Azid telah hadir ke SMKB bagi membuat Pemeriksaan Bertema Pengurusan Asrama Harian SM 2015. Turut hadir dalam pemeriksaan kali ini ialah Timbalan Ketua Nazir (Dasar) Tuan Hashim Bin Mohd Zain, AMN, PJK  dari Pengurusan tertinggi JNJK Persekutuan, Putrajaya.

Secara keseluruhannya, rumusan dalam mesyuarat penutupan, mereka berpuas hati dengan komitmen pentadbir, warden, penyelia asrama, guru bertugas mingguan serta kemudahan dan keselamatan dalam kawasan asrama, semua ini merupakan kekuatan asrama asli SMKB. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan kerana telah berjaya mengurus asrama dengan sempurn. 


____________________________________________________________________________________________

8 Mei 2015:Majlis Sambutan Harijadi Pelajar Asrama yang pertama untuk tahun ini telah berlangsung meriah di Dewan Makan asrama malam jumaat, 8 Mei 2015. Seramai 9 orang pelajar yang menyambut hari lahir pada Januari, Februari, Mac dan April telah diraikan dalam majlis yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro.

En. Mastura Aladdin Bin Masro dalam ucapan ringkasnya menyatakan rasa kagum dengan inisiatif yang dilakukan oleh pihak pengurusan asrama dalam menganjurkan program ini dan berharap ini akan menambah keseronokan pelajar yang tinggal di asrama. Ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti Sekolah Penyayang.

 SELAMAT HARI JADI.
____________________________________________________________________________________________________
11 April 2015: Seramai 62 orang peserta telah menyertai Program Sahsiah Diri & Kecemerlangan Pelajar Asli Asrama SMKB 2015 yang dijalankan pada 10 - 11 April 2015. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan SMK Benut.

Antara objektif program ini dianjurkan ialah:
  1. Mengenalpasti dan menyediakan keseluruhan aspek kendiri ke arah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri.
  2. Memberikan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.
  3. Membentuk generasi yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kualiti kecemerlangan diri.
  4. Membina tahap keyakinan yang tinggi dan dapat membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang.
Penutupan rasmi kursus ini telah disempurnakan sendiri oleh Pegawai JAKOA En. Mohamad Ali Bin Sabilan.
_____________________________________________________________________________________________________
7 Mac 2015: Sambutan Maulidur Rasul 1436H Asrama Asli SMKB telah dijalankan dengan kehadiran penduduk kampung sekitar asrama, guru-guru dan kakitangan SMKB.

Dalam sambutan kali ini, apa yang paling menarik ialah kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung dari mula penyediaan "rewang" hinggalah selesai majlis mereka memberikan sumbangan tenaga bersama-sama dengan warga SMKB. Selain itu sumbangan seekor lembu turut diberikan oleh bapa murid SMKB.

Semoga kerjasama sebegini akan dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dan dapat merealisasikan impian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Sarana ibu bapa. SMKB, We Are The Best.
___________________________________________________________________________________________________
16 - 17 Januari 2015: Hari Orientasi Pelajar Asrama Asli SMKB Tahun 2015 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2015 di Dewan Makan Asrama.Orientasi ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dengan kerjasama guru-guru SMKB.

Tujuan Majlis Orientasi ini diadakan adalah untuk membantu murid – murid dalam mengenali diri dan pengurusan diri ketika berada di asrama. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid baharu dengan suasana keadaan asrama disamping dapat memupuk semangat berpasukan dan saling bantu – membantu antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa Majlis Orientasi ini adalah :
  • Smart Solat
  • Senam Pagi
  • Latihan Dalam Kumpulan
  • Ceramah
  • Persembahan Kebudayaan








 






_______________________________________________________________________________________________________
Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama 
SMK Benut

1 November 2014 : Sebuah jamuan akhir tahun telah diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti di asrama Smk Benut. Majlis turut dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada warga asrama dan turut hadir pengetua dan GPK Hem SMK Benut bagi menjayakan majlis.





 
 
 
 


Selanjutnya sila klik disini
__________________________________________________________________________________________________________
20 Ogos 2014: Sambutan Hari Raya di asrama telah dihadiri oleh barisan pentadbir, penyelia asrama, warden asrama dan ajk guru-guru asrama.

Majlis dimulakan dengan solat isyak berjemaah, setelah itu para tetamu menuju ke dewan makan. Dalam ucapan sulung GPK HEM yang baru, En. Ariffin Bin Bajuri, beliau mengaharapkan agar penghuni aspura dan aspuri dapat memartabatkan nama asrama ini keperingkat yang yang lebih baik dan setanding dengan asrama-asrama lain. Beliau juga mengharapkan agar peraturan-peraturan yang disediakan oleh asrama dapat dipatuhi.

Sebelum menjamu selera, ucapan Tuan Pengetua merupakan acara kemuncak majlis di mana beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ajk yang bertungkus lumus menyediakan jamuan dan semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang. (klik di sini untuk gambar-gambar seterusnya)





















___________________________________________________________________________________________________

Asrama ini mula dibina pada tahun 1971 oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan mula beroperasi pada tahun 1973. Penghuni asrama terdiri daripada pelajar orang asli suku Kuala yang berasal dari daerah Pontian dan Batu Pahat. Pelajar asrama ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah, kesemua mereka belajar di SMK Benut dan SK Benut, Pontian. 
Asrama ini telah ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selama 23 tahun dan pada 1996 pentadbiran asrama ini telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dikelolakan oleh SMK Benut sehingga sekarang. Pada tahun 1998 warden pertama asrama ini dilantik secara rasmi, iaitu Encik Isa Bin Abd Hamid (warden tersebut adalah bekas pelajar asal asrama).
Jalan perhubungan ke asrama ini adalah melalui jalan darat dan JHEOA menyediakan pengangkutan untuk pelajar dari asrama ke sekolah yang jaraknya hampir 2 km. Asrama ini mendapat bangunan baru dalam RMK 9 yang telah siap dibina dan diserahkan pada 13 April 2010.Pelajar asrama telah dipindahkan ke bangunan baru pada 19 Mei 2010. Bangunan baru tersebut boleh memuatkan 100 orang pelajar (60 orang pelajar perempuan dan 40 orang pelajar lelaki). Pelajar perempuan di tempatkan di tingkat 3 dan 4, manakala pelajar lelaki di tempatkan di tingkat 2 dan  dua unit rumah warden juga telah dibina di kawasan asrama.

No comments: