Persediaan yang rapi harus dilakukan oleh pelajar di ambang peperiksaan. Setelah hampir beberapa tahun anda menantinya kini hanya beberapa hari lagi untuk menemuinya. Kekuatan mental harus ada pada diri anda demi untuk menghadapi peperiksaan secara lebih berkeyakinan.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
- Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
- Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
- Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
- Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
- Jangan takut pada peperiksaan.
- Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.
PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN
- Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
- Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
- Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
- Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
- Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.
- Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!
Semoga Kejayaan dan Kecemerlangan Milik Anda….
Kami Warga SMK Benut Mendoakan Kejayaan Anda. Insyaallah.
Kami Warga SMK Benut Mendoakan Kejayaan Anda. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment