Saturday, August 30, 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Benut


29 OGOS 2008
- Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-51 telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar bagi menghayati erti kemerdekaan.

Bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran telah dibacakan oleh Puan Hajah Andi Audryanah Binti Mohd Nor (GPK HEM, SMK Benut), bacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (GPK 1, SMK Benut) serta titah ucapan DYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut).

Pelbagai aktiviti diadakan seperti meraikan ulang tahun anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos, iaitu seramai 5 orang, mendeklamasikan sajak, sketsa dan koir lagu tema.



No comments: