24 Oktober - Majlis Jamuan Hari Raya Tingkatan 3 telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 10.00 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Turut hadir pada majlis tersebut, pihak pentadbir serta guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga.

Friday, October 24, 2008
Jamuan Hari Raya Tingkatan 3
24 Oktober - Majlis Jamuan Hari Raya Tingkatan 3 telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 10.00 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut). Turut hadir pada majlis tersebut, pihak pentadbir serta guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga.
Tuesday, October 21, 2008
Memori Aidilfitri SMK Benut 2008
Majlis ini turut dihadiri ahli keluarga tersayang bagi merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMK Benut. Pelbagai juadah disajikan seperti ketupat, lemang, sate, laksa Johor, burasak dan banyak lagi. Kemuncak acara pada majlis tersebut sudah tentunya menggembirakan anak-anak yang tidak sabar menunggu pemberian duit raya. Tuan Pengetua bersama Pengerusi Kelab Warga SMK Benut (Encik Mosman Bin Parkan) telah sudi menyempurnakan majlis pemberian duit raya kepada anak-anak warga SMK Benut.
Warga SMK Benut mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon Maaf Segalanya."
Tahniah SMK Benut
Pelajar SMK Benut iaitu Zuratun Nisa’ Binti Rohani (6 Al Jabbar) telah mendapat Johan dalam pertandingan reka bentuk Industri, manakala 2 pelajar lain iaitu Mohamad Razif Bin Abd. Razak (6 Al Jabbar) dan Nurain Nafisah Binti Naspan (4 Al Farabi) mendapat saguhati dalam pertandingan catan.Guru Pengiring ialah cikgu Isa Bin Ab. Hamid yang juga mewakili kontijen Negeri Johor.
Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda.
Monday, October 13, 2008
Selamat Menjawab Peperiksaan PMR 2008
13 Oktober – Majlis Restu Pelajar Tingkatan Tiga Bersama Ibu Bapa Penjaga. Pengetua SMK Benut, Encik Hasnan Bin Jaffar sekali menyampaikan amanat supaya para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik dan mencapai kecemerlangan, dan sentiasa hadir dalam peperiksaan mengikut jadual serta berdisiplin perlu diutamakan.
Friday, October 10, 2008
Majlis Restu Ilmu PMR 2008
10 Oktober – Majlis Restu Ilmu PMR 2008 kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula 13 Oktober sehingga 17 Oktober telah diadakan di Dataran Baiduri, SMK Benut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Tuan Pengetua, SMK Benut).
Program ini diadakan bertujuan supaya para pelajar jelas dalam minda bahawa para guru redha dan ikhlas dalam mencurahkan segala ilmu yang baik demi mencapai prestasi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Majlis ini dianjurkan bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat meningkatkan lagi semangat juang dan keyakinan para pelajar semasa menghadapi peperiksaan PMR dan terutamanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan nanti.
Pada majlis itu juga, diadakan penyampaian alat tulis dan slip peperiksaan kepada para pelajar. Warga SMK Benut mendoakan kejayaan cemerlang dan selamat menjawab. Insyaallah.
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |