Wednesday, October 8, 2008

Bacaan Amanat Tuan Pengarah JPN Johor


8 Oktober 2008
– Majlis Pembacaan Surat Amanat daripada Tuan Haji Sufa’at Bin Tumin (Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor) telah diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis tersebut telah diadakan semasa waktu perhimpunan pagi kepada para pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 13 Oktober sehingga 17 Oktober 2008. Turut serta pada majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Satu, Guru-guru Kanan mata pelajaran, guru-guru yang mengajar tingkatan tiga serta para pelajar Tingkatan Dua.

Amanat tersebut telah dibaca secara beramai-ramai dengan diketuai oleh wakil pelajar Tingkatan Tiga iaitu Saudara Mohd Norazahar Bin Saini (pelajar 3 Ibnu Sina). Pada majlis tersebut pemberian saguhati telah diberikan kepada 10 orang pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan percubaan PMR serta telah menunjukkan peningkatan prestasi yang amat baik. Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Satu) telah sudi menyampaikan pemberian saguhati tersebut.

Warga pendidik dan pelajar SMK Benut mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada para pelajar Tingkatan Tiga semoga dapat menjawab soalan dengan mudah, tenang dan kesihatan yang baik seterusnya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.

No comments: