Monday, August 22, 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih



17 Ogos – Majlis Berbuka Puasa dan solat tarawih Pegawai Pelajaran Daerah Pontian bersama warga Asrama (Asli), SMK Benut telah diadakan pada hari ini.  Encik Salleh Salim Bin Abdul Majid (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Unit Sains dan Matematik (Sekolah Menengah) serta rakan-rakan dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Pontian telah hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini, Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut), Puan Hajah Azizah Binti Omar (GPK HEM, SMK Benut), Encik Zulnuraini Bin Rahmat (GPK Kokurikulum), Tuan Haji Abdul Razak Bin Nasiran (GPK Tingkatan Enam), guru-guru SMK Benut.

Majlis berbuka puasa diadakan di surau dan seterusnya solat fardu Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis jamuan diadakan di Dewan Makan Asrama (Asli). Seterusnya, solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah diadakan di surau. Sebelum majlis bersurai, majlis moreh disediakan kepada para tetamu dan penghuni asrama.

Warga Asrama (Asli) SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir bersama-sama dalam majlis ini.




















No comments: