Wednesday, April 4, 2012

Majlis Penyerahan Buku Resit Sumbangan PIBG dan Kelas Tambahan


4 April 2012 – Majlis penyerahan buku resit Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan buku resit pembayaran Yuran Kelas Tambahan PMR, SPM dan STPM kepada guru-guru tingkatan telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali semasa Mesyuarat Kurikulum kali kedua.

Encik Abdul Rahman Bin Zainal (Bendahari PIBG) telah menyerahkan buku resit tersebut kepada guru-guru tingkatan.

Para Ibu bapa atau penjaga boleh membayar sumbangan PIBG dan yuran kelas tambahan ini semasa Hari Bertemu Pelanggan pada hari Jumaat, 6 April 2012 jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Bayaran RM40.00 bagi sebuah keluarga untuk sumbangan PIBG. Seterusnya, bayaran yuran kelas tambahan bagi Menengah Rendah (PMR) sebanyak RM60.00 manakala RM80.00 bagi kelas tambahan Menengah Atas (SPM atau STPM). Bayaran yuran kelas tambahan boleh dibuat bayaran secara penuh atau secara ansuran.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan guru tingkatan atau pihak pentadbir SMK Benut. Sekalung ucapan terima kasih diberikan kepada semua ibu bapa atau penjaga atas kerjasama dan komitmen yang berterusan diberikan kepada pihak sekolah. 





No comments: