Saturday, January 19, 2013

DITUNDA!

Sukan sekolah 2013 membuka tirainya dengan acara tahunan merentas desa antara rumah sukan. Segala persiapan telah dibuat termasuklah persiapan fizikal setiap ahli rumah sukan yang akan bertanding dengan diiringi semangat kesukanan dan dorongan motivasi oleh guru-guru penasihat rumah sukan.

Walaubagaimanapun..acara merentas desa terpaksa ditunda akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan telah turun walaupun tidak terlalu lebat tetapi tidah berhenti memaksa jawatankuasa unit sukan berbincang dengan tuan pengetua dan telah mendapat kata putus untuk menangguhkan acara rentas desa. Acara akan dipinda pada hari petang Isnin bersamaan 20 Jan 2013. Semoga acara merentas desa dapat diadakan pada hari berkenaan.







No comments: