Thursday, September 11, 2014

Kem Sukan Sekolah (KSS) 1 Murid 1 Sukan SMK Benut


20 ogos 2014: SMK Benut telah menjalankan kem sukan di bawah dasar 1 murid 1 sukan. Berbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana Menteri kita, Datok Seri Najib Bin Tun Abdul Razak 1 murid 1 sukan amat bermakna dalam  memupuk semangat perpaduan kaum antara murid. Sememangnya gagasan 1 Murid 1 Sukan memberi nafas baru kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti sukan yang diminati oleh mereka bagi setiap individu. Semoga konsep 1 Murid 1 Sukan dapat dihayati oleh semua murid supaya semua murid peka terhadap bakat yang mereka ada. Oleh itu, kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh Allah untuk menajamkan bakat yang sedia ada. Bak kata pepatah, belakang parang lagi diasah akan tajam jua. Sekiranya, murid-murid dapat memahami konsep 1 Murid 1 Sukan, maka negara Malaysia akan menjadi negara yang dipandang tinggi oleh negara lain.

Terimakasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjalankan program ini. Semoga SMK Benut terus sukses. We Are The Best.

No comments: