Thursday, October 29, 2015
Thursday, October 22, 2015
Laporan Jubli Emas SMKB di Utusan Malaysia 22 Okt 2015
http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/smk-benut-jana-insan-cemerlang-1.149101
Wednesday, October 21, 2015
Johan Sepakraga Karnival Permainan Tradisional Tertutup Daerah Pontian
21 Oktober 2015: Pasukan Sepakraga SMKB telah merangkul kejuaraan yang julung-julung kali diadakan di SK Bandar Pontian dalam Karnival Permainan Tradisional Tertutup Daerah Pontian anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara.
Pasukan sepakaraga ini telah menerima piala, sijil dan wang tunai RM150 dan selaku Johan, pasukan ini akan mewakili daerah Pontian untuk karnival diperingkat negeri Johor.
Tahniah kepada pasukan sepakraga SMKB. "We Are The Best"
Ceramah Penyakit Thalassemia dan HIV Aids Oleh Klinik Kesihatan
20 Oktober 2015: Satu program ceramah kesihatan anjuran Klinik Kesihatan Benut telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie dengan sasaran pelajar-pelajar tingkatan 6 SMKB. Tajuk yang disampaikan adalah penyakit thalassemia dan HIV Aids.
Pendedahan tentang punca-punca, tanda-tanda penyakit dan cara pencegahan telah diterangkan agar pelajar faham tentang penyakit tersebut.
Turut hadir dalam ceramah ini ialah En. Aros Bin Ibrahim, YDP PIBG SMK Benut.
Turut hadir dalam ceramah ini ialah En. Aros Bin Ibrahim, YDP PIBG SMK Benut.
Thalassemia adalah kelainan darah yang diturunkan melalui keluarga
(diwariskan). Dimana tubuh membuat membuat bentuk abnormal hemoglobin/HB
(protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen). Gangguan tersebut
mengakibatkan kehancuran yang berlebihan pada sel darah merah yang
mengarah ke anemia.
Hemoglobin/HB terdiri dari 2 protein:
Hemoglobin/HB terdiri dari 2 protein:
- alpha globin
- beta globin
Thalassemia terjadi bila ada kerusakan dalam gen yang membantu produksi mengontrol salah satu protein.
Thalassemia terbagi 2 jenis utama
Thalassemia terbagi 2 jenis utama
- alpha thalassemia
- beta thalasemia
Alpha Thalassemia terjadi ketika gen / gen yang berhubungan dengan alpha protein hilang/ berubah (bermutasi).
Beta Thalassemia terjadi ketika cacat gen yang sama mempengaruhi produksi protein beta globin.
Alpha Thalassemia terjadi paling umum dari orang Asia Tenggara, Timur Tengah, Ciina dan orang keturunan Afrika.
Beta Thalassemia terjadi pada orang asal Mediterania dan lebih sedikit terjadi di Cina, negara Asia lainnya, Afrika-Amerika.
Ada banyak bentuk Thalassemia, setiap jenis memiliki subtype yang berbeda, baik alpha Thalassemia & beta Thalassemia meliputi 2 bentuk

- Thalassemia mayor
- Thalassemia minor
Thalassemia mayor adalah mewarisi gen thalassemia dari kedua orang tuanya. Thalassemia minor adalah mewarisi gen thalassemia dari salah satu orang tua.
Alpha Thalassemia biasanya kematian bayi yang belum lahir saat persalinan atau tahap akhir kehamilan. Anak-anak yang lahir dengan Thalassemia mayor adalah normal saat lahir tetapi akan mendapatkan anemia berat selama tahun pertama kehidupan.
Pengobatan Thalassemia mayor adalah transfusi darah secara teratur. Ada pula transplantasi sumsum tulang belakang dapat membantu mengobati beberapa pasien terutama anak-anak Thalassemia.
Harapan Thalassemia adalah mendapatkan transfusi darah rutin dan terapi untuk menghilangkan zat besi dari tubuh.
Diperlukan Konseling genetik dan skrining prenatal dapat membantu orang dengan riwayat Thalassemia yang berencana untuk memiliki anak.
Thalassemia Dapat Dicegah Penyebarannya
Mereka carrier Thalassemia sebaiknya tidak menikah dengan sesama carrier sebab ada kemungkinan anaknya akan mengalami Thalassemia mayor.
Mereka carrier Thalassemia sebaiknya tidak menikah dengan sesama carrier sebab ada kemungkinan anaknya akan mengalami Thalassemia mayor.
Thalassemia BUKAN Penyakit Menular
Pemerintah menghimbau kepada masyarakat untuk menghindari lebih banyak lagi anak yang memiliki Thalassemia agar memeriksakan diri sebelum menikah. Lemahnya informasi serta kesadaran untuk masyarakat agar memeriksakan diri sebelum menikah juga menjadi kendala untuk menekan Thalassemia menjadi rendah.

Monday, October 12, 2015
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015 SMKB
12 Oktober 2015 -- Tn. Pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki
ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini.
Ujian bertulis yang memasuki tahun kedua itu akan berakhir pada Khamis.
PT3 merangkumi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

1. Apakah PT3?
PT3 adalah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid di peringkat menengah rendah.
2. Apakah mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Empat pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
- KHB Kemahiran Teknikal
- KHB Ekonomi Rumah Tangga
- KHB Pertanian
- KHB Perdagangan dan Keusahawanan
Lima pilihan bahasa tambahan:
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
3. Apakah skop sukatan pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
PT3 mentaksir skop sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.
4. Apakah tanggungjawab Lembaga Peperiksaan dalam pelaksanaan PT3?
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan (item), panduan
penskoran dan garis panduan pelaksanaan dan panduan penjaminan kualiti
PT3 serta melaksanakan penjaminan kualiti PT3.
5. Apakah peranan sekolah dalam pelaksanaan PT3?
Sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan kertas
soalan, pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, penggredan dan pelaporan
PT3 berdasarkan soalan, panduan penskoran dan garis panduan yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Di samping itu, sekolah perlu
melaksanakan penjaminan kualiti PT3.
6. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditaksir menggunakan instrumen
pentaksiran Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Ujian Lisan terdiri daripada
Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.
7. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Science,
Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun?
Mata pelajaran tersebut akan menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis sahaja.
8. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi?
Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan
Pelbagai Instrumen seperti Tugasan Bertulis (assignment), Projek, Kajian
Lapangan (field study) atau Kajian Kes (case study). Bagi tahun 2014,
Lembaga Peperiksaan telah menetapkan Kajian Kes sebagai instrumen
pentaksiran bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan.
9. Bagaimanakah pencapaian murid bagi PT3 ini dilaporkan?
Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D,
E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Gred dan tafsiran gred bagi PT3
GredTafsiran Gred
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
E Mencapai tahap minimum
F Belum mencapai tahap minimum

Hari Sukan Negara
Smk Benut
Bersempena dengan Hari Sukan Negara kelmarin, Smk Benut telah mengadakan aktiviti 1000 langkah iaitu aktiviti berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Selain dari aktiviti berjalan kaki, terdapat juga aktiviti Permainan Tradisional seperti Galang Panjang, Baling Tin dan Baling Selipar bagi pelajar-pelajar Smk Benut yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja. Setiap aktiviti permainan tradisional terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu kategori lelaki dan perempuan sahaja untuk setiap tingkatan.
Sunday, October 11, 2015
Sambutan Jubli Emas
Smk Benut
50 Tahun
siri 3
(Program Berbasikal Rimup Jubli Emas Smk Benut, Pertandingan Memasak, Karnival Bola Sepak, Seminar Kecemerlangan, Jamuan Makan Malam Alumni)
03 Oktober 2015 (Sabtu) : Bagi menggalakkan para pelajar aktif dan cerdas di dalam bidang sukan Smk benut telah mengadakan program berbasikal. Program telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Zulkifli b. Hj. Rusad (Peguam Syarie dan aktivis masyarakat). Pengembaraan berbasikal tersebut dimulakan dari Dewan Baduri ke Pusat Rekreasi Tampok Laut dan pulang semula ke Smk Benut. selain itu, majlis juga telah mengadakan bengkel penjagaan basikal dan pemanduan berhemah serta bengkel membaiki basikal oleh tenaga pakar iaitu Tuan Hj. Zulkifli. Acara lain yang sedang berlangsung ialah acara bola keranjang di gelanggan bola keranjang Smk Benut, Pertandingan memasak, dan karnival bola sepak antara tingkatan.
Pada sesi petang pula telah diadakan seminar kecemerlangan "Kecemerlangan Milik Kita" bersama Biro Pendidikan Parlimen Pontian (Motivator: Afwan Affendi) yang dirasmikan oleh YB datuk ahmad b. Hj. Maslan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Acara yang terus berlangsung adalah jualan amal baju-baju terpakai, photobooth, dan karnival sukan mini.
Pada Malam kemuncak Sambutan Majlis jubli Emas telah diadakan jamuan makan malam Alumni Smk Benut yang dirasmikan oleh Exco YB Datuk Ir. Hj. Hasni bin Hj. Mohammad (ADUN Benut)- Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seramai lebih 100 orang Alumni Smk Benut bekas pelajar, guru-guru, dan pengetua Smk Benut telah menghadiri Majlis tersebut. Terima kasih diucapkan.