Saturday, October 10, 2015

Sambutan Jubli Emas 

Smk Benut

50 Tahun


Siri 1 
(Hari Kokurikulum, Majlis Perlantikan Pengawas, Pameran Seni Penggal 3 STPM/2015)

01 Oktober 2015 (Jumaat) : Bersempena Sambutan Jubli Emas Smk Benut Ke-50. Pihak sekolah juga dengan sukacitanya mengadakan Hari kokurikulum berserta majlis perlantikan pengawas dan pameran seni penggal 3 STPM/2015 bagi memeriahkan majlis. majlis telah dimulakan dengan sambutan hari kokurikulum yang dirasmikan oleh ASP Omar Qayyum.

    Majlis dimulakan dengan perbarisan Statik Unit Beruniform dan Pengawas bagi menyambut ketibaan Pengetua SMK Benut dan perasmi yang diiringi Pasukan Kompang dan Bunga Manggar berserta pertunjukan silat sambut. Majlis juga didahului dengan pemeriksaan perbarisan Kontinjen Unit Beruniform dan Lembaga Pengawas.



    Seterusnya majlis diteruskan dengan pelantikan pengawas baharu 2015/16. Sebagai Simbolik penyerahan watikah pelantikan pengawas baharu sesi 2015/16 dilakukan. Bacaan ikrar pula diketuai oleh Pengawas sesi 2015/16.


 

 
 

  Majlis kemudian menyampaikan hadiah terbaik dan paling aktif 2015 di dalam kokurikulum bagi pasukan unit beruniform yang di sandang oleh Persatuan Pengakap, Persatuan Akademik terbaik disandang oleh Persatuah Kemahiran Hidup (KH), kelab sukan dan permainan terbaik disandang oleh kelab sukan Petaque, tokoh kokurikulum lelaki disandang oleh Mohd Qaizil Haikil b. Abd. Jalak dan perempuan pula disandang oleh Norhaslina Suraji,  Anugerah Kembara Kokurikulum 2014/15 bagi kategori guru disandang oleh Tn. Hj Rohman b. Sangerah, serta Anugerah kecemerlangan Kokurikulum bagi kategori guru disandang oleh Cikgu Khairul b. Zainal. Tahniah diucapakan kepada semua... We Are The Best!!

   Usai sudah majlis perlantikan pengawas dan penyampaian anugerah, majlis kemudiannya diteruskan dengan perasmian pameran seni penggal 3 STPM 2015 yang dirasmikan oleh ASP Omar Qayyum . Majlis telah di persembahkan dengan gimik pelancaran program FlashMob oleh para pelajar dan lawatan ke tapak Pameran Seni.


    Hari kokurikulum ini juga telah dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai jualan oleh para pelajar Smk Benut bagi memupuk minat para pelajar untuk menjana ekonomi dan pendapatan diri sendiri. Terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual berbagai juadah makan dan juga pakaian. Aktiviti lain yang dijalan sepanjang hari tersebut adalah seperti:

  • Pertandingan buku skrap (kelab pengguna/alam sekitar/kitar semula)
  • Pertandingan Spell It Right oleh kelab Bahasa Inggeris
  • Program Islamic Runway Project (hadiah telah ditaja oleh Naurra Soffeya berupa barangan Neaulofa dan Adijuma)
  • Karnival 1M1S
  • Photobooth
  • Jualan Amal
  • Booth Pameran
  • Autoshow



Bagi memberkati Majlis Sambutan Jubli Emas ini Warga Smk Benut telah mengadakan sebuah majlis Solat Hajat bagi mendoakan kejayaan pelajar-pelajar PT3, SPM dan STPM dan Forum Perdana di Dewan Baiduri. Forum Perdana tersebut telah menjemput ahli panel yang bertauliah iaitu Ustaz Amali bin Halimi (Pensyarah Pengajian Islam, Kolej Polytech Mara, Bp) dan Ustaz Mokhtar bin Ithnin dari Smk Seri Anom bagi membincangkan tajuk Restu dan Doa.  Moderator  bagi Majlis Forum Perdana tersebut ialah Ustaz Hamdan b. Abd Razak (SMA Bugisiah, Tampok).

 
 

 
 
 


                                   

                                     










No comments: