Thursday, February 4, 2016

Pemberian Suntikan HPV Murid Perempuan Tingkatan 1

3 Februari 2016: Semua murid perempuan tingkatan 1 telah diberi suntikan HPV dos pertama. Sebelum suntikan, taklimat ringkas telah diberikan berkaitan kebaikan suntikan tersebut. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Benut dibawah kendalian Jawatankuasa Kesihatan SMKB.

Untuk makluman, program suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) adalah bagi mencegah kanser serviks dalam kalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun. Jurnal Pencegahan Kanser Asia Pasifik menyatakan seramai 12 daripada 38 orang atau 34 peratus wanita Malaysia dikesan positif jenis kanser berkaitan HPV, demikian menurut Kementerian Kesihatan.


No comments: