Monday, May 16, 2016

Sambutan Hari Guru SMK Benut 2016 "Guru Pembina Negara Bangsa"

16 Mei 2016: Sambutan Hari Guru kali ini agak sederhana tetapi cukup meriah. Seawal jam 7.30 pagi semua guru masuk ke dalam Dewan Baiduri dengan tepukan gemuruh oleh semua murid.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan seterusnya lagu "Guru Malaysia". En. Abd Rauf selaku pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU) diberi penghormatan untuk mengepalai untuk bacaan ikrar guru.

Acara diteruskan dengan ucapan pengetua dan bacaan perutusan. Tuan Pengetua dan semua Guru Penolong Kanan diminta pula untuk menyempurnakan acara gimik Gimik pelancaran.

Beberapa acara persembahan pelajar diselitkan bersama anugerah-anugerah khas guru seperti Guru datang awal, Guru berpakaian seragam kokurikulum lengkap dan Guru paling popular yang disampaikan dengan penuh bersahaja oleh guru-guru yang terpilih.

Guru oh Guru
Usman Awang, 1979

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 

 Untuk melihat koleksi gambar-gambar lain, sila klik DI SINI.

No comments: