11 November 2016: Majlis Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas dan Perpisahan En.Mohd Abd Rauf telah dijalankan di Asrama Asli SMKB.
En. Mohd Abd Rauf merupakan Ketua Guru Penasihat Lembaga pengawas yang kini telah ditempatkan di PPD Pontian sebagai Penolong PPD Sains dan Matematik Menengah.
Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengucapkan syabas kepada ahli lembaga pengawas atas kerjasama yang diberi bagi membantu pihak sekolah untuk menguatkuasakan peraturan sepanjang tahun 2016. Beliau juga memaklumkan agar latihan kepimpinan dalam lembaga pengawas yang dibimbing guru akan memberikan keyakinan diri apabila berhadapan dengan dunia kerjaya pada masa akan datang.
Semoga kesinambungan ini akan memberikan kepimpinan yang lebih baik pada tahun 2017 dibawah ketua guru penasihat yang baru, En. S. Roslan Ghani, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment