Tuesday, February 21, 2017

SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN BAHASA 2017

TARIKH : 19 Februari 2017 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Sambutan Bulan Penghayatan Bahasa  2017  telah diadakan dengan jayanya pada 19 Februari 2017 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
2)      Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3)      Mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
4)      Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa

Majlis dimulakan dengan persembahan perasmian oleh wakil murid iaitu persembahan gurindam. Sebelum persembahan, Pn.Hanipah Bte Rosli menerangkan serba sedikit tentang apa itu gurindam sebagai pengetahuan tambahan untuk semua. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn Roby bt Abd Hamid, Guru Penolong Kanan 1 selaku wakil pengetua. Kemudian, majlis diteruskan dengan gimik perasmian untuk Bulan Bahasa dan persembahan pelajar.


Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah dijalankan dipecahkan kepada tiga iaitu Pertandingan Bahasa Cina, Pertandingan Bahasa Melayu dan Pertandingan Bahasa Inggeris. Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti pertandingan menulis esei, pidato/syarahan, sajak dan syair, scrabble, treasure hunt, wonder world, kaligrafi cina, kuiz bahasa cina dan bermacam-macam lagi aktiviti. Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Majlis perasmian pada hari itu berakhir pada pukul 8.00 pagi dan murid-murid bergerak ke kelas masing-masing.




















No comments: