MASA : 2.00 petang hingga 6.00 petang
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut
LATAR BELAKANG
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah
Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun.
Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan
penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran
anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru kali ke-39 ini telah dilaksanakan pada 30 Mac 2017 (Khamis) yang
telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Isa bin ab. Hamid. Kehadiran ibu bapa
amat menggalakkan. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh
dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak.
Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa
menambahbaik dalam bidang bidang tertentu.
OBJEKTIF
·
Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan
menjaga kebajikan murid.
·
Menambah
sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah.
·
Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran
komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat.
·
Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya
dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program
pendidikan.
RINGKASAN MAJLIS
Pendaftaran ibu bapa dan ketibaan tetamu jemputan bermula pada pukul 2.00
petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di ikuti penyampaian hadiah dan
sijil bagi murid cemerlang setiap tingkatan. Selepas ketibaan perasmi, majlis
disambung semula dengan ucapan pengetua diikuti ucapan perasmian oleh YB
Senator Isa bin Ab Hamid.
Selepas upacara perasmian, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-39. Antara agenda mesyuarat tersebut ialah membentang dan menerima
minit mesyuarat agung tahun 2016, membentang, menerima dan meluluskan Penyata
Kewangan berakhir 31 Disember 2016, membahaskan usul, ucapan penangguhan dan
pelantikan ahli PIBG yang baru. Mesyuarat Pibg kali ini diakhiri dengan acara
cabutan bertuah.
Cadangan-cadangan
yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dijadikan landasan oleh ibu
bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan
berbeza-beza, untuk menjadikannya panduan untuk mengatasi cabaran mendidik
anak-anak. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa
untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah
diharapkan. Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat
mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam
diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa diharap dapat
ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan tema “Ibu Bapa Cemerlang
Sekolah Gemilang”.
Untuk gambar seterusnya, sila klik DI SINI
Untuk gambar seterusnya, sila klik DI SINI
No comments:
Post a Comment