9 Mei 2017: Dialog prestasi Unit HEM dan Unit Kokurikulum telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie.
Dalam dialog prestasi HEM fokus utama ialah masalah ponteng sekolah. Dalam menangani isu ini semua guru memainkan peranan agar murid berasa seronok berada di sekolah dan selesa berada di kelas.
Selain itu, GPK HEM turut mengingatkan supaya surat-surat amaran ponteng dapat dikeluarkan kepada penjaga mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan merujuk bilangan hari ponteng samada berturut-turut atau tidak.
Dalam dialog prestasi Unitk Kokurikulum pula, beberapa pencapaian sepanjang Januari hingga April 2017 amat dihargai, walau bagaimanapun bagi yang kurang mencapai sasaran diharapkan dapat menilai semula kelemahan danseterusnya memperbaikinya.
Semoga dengan dialog prestasi ini dapat memperbaiki lagi pengurusan Unit HEM dan Unit Kokurikulum. SMKB, We Are The Best.
No comments:
Post a Comment