20
JUN 2017: Alhamdulillah program tahunan warga SMK Benut iaitu memasak bubur
lambuk berjaya direalisasikan pada hari Selasa 20 Jun 2017 bersamaan dengan 25
Ramadhan . Seawal jam 7:30 pagi, guru-guru telah bergotong – royong untuk
menyediakan ramuan membuat bubur lambuk. Murid-murid Tingkatan 6 juga telah
banyak membantu dan memberikan sumbangan tenaga dalam menjalankan program ini. Chef
berpengalaman dan mahir berjaya memasak sebanyak 4 periuk besar untuk diagihkan
kepada hampir 1100 warga sekolah. Kemeriahan memasak diserikan lagi dengan
kehadiran beberapa org AJK PIBG. Moga niat murni ini akan diredhai dan dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, murid, warga sekolah
dan pihak-pihak yang terlibat.

Wednesday, June 21, 2017
MAJLIS IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TERAWIH DI DEWAN BAIDURI SMK BENUT
20 JUN 2017 : Sempena
bulan Ramadhan yang mulia ini, SMK Benut telah melaksanakan sambutan Berbuka
Puasa pada hari Selasa, 20 Jun 2017 bertempat di Dewan Baiduri . Majlis bermula pada
jam 6:30 petang dengan kehadiran para jemputan, guru-guru dan murid-murid serta
warga sekolah.
Sebelum
majlis berbuka puasa, para hadirin bersama-sama mengikuti aktiviti Khatam Al-Quran.
Selepas itu, apabila masuk waktu maghrib, para hadirin berbuka puasa yang telah
disediakan dan bergerak ke dewan untuk solat maghrib secara berjemaah. Seterusnya
para hadiri menikmati hidangan dan juadah yang disediakan diikuti dengan solat
isyak dan solat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Haji Saparudin
bin Lahasan.
Terima
kasih dan tahniah kepada semua guru dan
murid –murid yang hadir dalam menjayakan majlis ini semoga sempena bulan
Ramadhan ini dapat memberikan seribu
makna kepada kita semua.