Norasyikin Binti Berahim (gambar paling kanan) dan 19 pemenang lain Peraduan Hari Guru 2017, #gurukusekolahku meraikan kejayaan bersama YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia |
14 Jun 2017: PUTRAJAYA, seramai 20 pelajar diumum sebagai pemenang Peraduan Hari
Guru 2017, #gurukusekolahku yang dianjurkan Media Prima Berhad dan
Kementerian Pendidikan.
Tahniah kepada Norasyikin binti Berahim bersama guru kaunseling Pn. Noor Zahidah binti Hamzah kerana telah berjaya menambat hati juri dengan gambar yang telah dimuatnaik dalam instagram.
Tahniah kepada Norasyikin binti Berahim bersama guru kaunseling Pn. Noor Zahidah binti Hamzah kerana telah berjaya menambat hati juri dengan gambar yang telah dimuatnaik dalam instagram.
Pengurus Rangkaian Pemasaran, Rangkaian Radio Media Prima K
Vickneswaran berkata, peraduan itu adalah satu daripada platform kepada
pelajar bagi menyatakan penghargaan mereka terhadap jasa dan pengorbanan
golongan pendidik.
"Pelajar hanya perlu memuat naik gambar atau video mereka
bersama guru di media sosial Instagram serta berkongsi cerita mengenai
guru yang memberi inspirasi kepada mereka dalam mencapai kejayaan
menerusi #gurukusekolahku.
"Ini tahun keempat peraduan ini diadakan dengan mendapat
sambutan menggalakkan daripada 3,604 penyertaan dari sekolah di seluruh
negara," katanya ketika ditemui di Putrajaya, hari ini.
Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid
menyempurnakan majlis berkenaan serta menyampaikan hadiah kepada
pemenang.
Selain itu, majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri
Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Datuk Seri Alias
Ahmad, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua
Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima Berhad Shareen Ooi dan Timbalan
Pengarang Kumpulan Harian Metro Ahmad@Salim Bachok.
Dalam pada itu, Vickneswaran berkata, penyertaan dibuka pada
13 April hingga 21 Mei lalu itu mendapat sambutan menggalakkan sekali
gus memberi peluang kepada pelajar mengasah kreativiti mereka.
"Malah, kita juga berharap peraduan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan lebih banyak penyertaan," katanya.
Katanya, setiap pemenang masing-masing membawa pulang hadiah
wang tunai sebanyak RM300, kamera Instax bagi kategori fotografi dan
pembesar suara bluetooth (kategori video).
PUTRAJAYA: Seramai 20
peserta dinobatkan sebagai pemenang Peraduan Hari Guru 2017,
#gurukusekolahku
anjuran Media Prima Berhad (MPB) dan Kementerian Pendidikan.
Pengurus Pemasaran Rangkaian, Rangkaian Radio Media Prima, K
Vickneswaran, berkata pertandingan itu mendapat sambutan yang amat
menggalakkan dengan 3,604 penyertaan daripada pelajar sekolah menengah
seluruh negara.
Katanya, melalui peraduan berkenaan, pelajar yang berminat perlu
menghasilkan gambar atau video pendek berkisar mengenai penghargaan
pelajar kepada gurunya dengan keterangan gambar dan perlu dimuatnaik
dalam laman sosial, Instagram dengan #gurukusekolahku.
"Peraduan ini adalah sebagai platform untuk pelajar menunjukkan
penghargaan mereka terhadap jasa guru selain mencungkil bakat dan
kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar dan video yang kreatif
dengan keterangan gambar yang menarik," katanya.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan
Hari Guru 2017, #gurukusekolahku yang
disempurnakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini,
hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran
Kumpulan Media Prima, Shareen Ooi.
Semua 20 peserta membawa pulang hadiah kamera instax dan wang tunai
berjumlah RM300.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292939
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292939
No comments:
Post a Comment