Thursday, March 14, 2019

Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2019

TARIKH : 13 Mac 2019 (Rabu)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
TEMPAT : Dataran Baiduri, SMK Benut

Majlis Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2019  telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mac 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

PROGRAM 'Jom Ke Sekolah" yang direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah bertujuan memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

·         Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;
·         Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

         Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan s
upaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat serta dapat memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.













No comments: