Pada tanggal 29 Ogos 2018, sebuah Majlis
Semaian Budi Semarak Kasih telah diadakan untuk meraikan perpindahan Pn Emalina
ke sekolah baru. Majlis perpisahan ini diadakan di dataran perhimpunan, SMKB
bersama murid-murid dan jamuan perpisahan pada 30 Ogos 2018 di Sanggar
Kokurikulum, SMK Benut. Puan Emalina akan berpindah ke Pulau Pinang mengikut
suami yang bertugas di sana.
Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan
masuk yang diraikan diiringi oleh guru-guru kanan. Majlis yang dipengerusikan oleh
Pn.Hanipah
Bte Rosli ini diteruskan pula
dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mohd Amin untuk memberkati majlis. Majlis diteruskan lagi
dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Benut, Pn Roby bt Abd Hamid. Dalam
ucapan tersebut, segala jasa dan usaha Pn Emalina telah disentuh. Seluruh warga
SMKB sangat berterima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan di sekolah ini sepanjang berkhidmat.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan
yang diraikan. Dalam ucapannya, Pn Emalina berterima kasih atas segala didikan
dan tunjuk ajar, juga meminta maaf atas segala kesilapan sepanjang berada di
sekolah ini. Sesi ucapan disambung dengan acara penyampaian hadiah kepada yang
diraikan. Antara yang memberi hadiah pada majlis tersebut adalah seperti Koperasi,
PIBG, KEBIRU, Pentadbir, Staf Sokongan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bidang
Bahasa, Bidang Sains & Matematik, Bidang Kajian Kemasyarakatan, Bidang
Teknik & Vokasional, Guru-Guru Tingkatan 6, kelas yang diajar dan juga
hadiah perseorangan. Majlis perpisahan diakhiri dengan bait pantun dari pengerusi
majlis tanda terima kasih dan semoga ukhwah akan terus terjalin. Majlis
diiringi dengan linangan airmata tanda kesedihan atas perpisahan bersama dengan
Pn Emalina, guru yang sangat komited.
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan
lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis. Semoga ukhwah ini
akan terus berkekalan sepanjang hayat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment