Friday, October 25, 2019

Hari Keluarga SMK Benut 2019


Pada 11-12 Oktober 2019 – KEBIRU SMK Benut telah berjaya mengadakan Haari Keluarga SMK Benut bagi tahun 2019. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga guru-guru dan staf sokongan.

Hari Keluarga SMK Benut telah diadakan di Tanjung Sepang Beach Resort. Semua warga SMKB yang telibat berkumpul di Tanjung Sepang Beach Resort pada pukul 3.00 petang untuk urusan masuk ke bilik masisng-masisng. Aktiviti pada petang tersebut adalah riadah bersama keluarga.

Majlis jamuan akhir tahun bermula pada jam 8.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama dari guru, dan staf SMK Benut. Beliau mengharapkan agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis kemudian disambung pula dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Abd Khalil. Selaku tuan rumah pada hari itu, beliau mengucapkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama beliau dan pasukannya menerajui KEBIRU. Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang KEBIRU menjalankan tugas. Semua warga SMK Benut kelihatan gembira menikmati pelbagai juadah dan kuih-muih yang disediakan. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada semua guru dan staf SMK Benut.

Aktiviti hari keluarga bersambung dengan aktiviti sukaneka pada keesokan harinya. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan yang mana disertai oleh semua guru dan keluarga masing-masing. aktiviti sukaneka disambung pula dengan aktiviti ridah bersama keluarga sebelum masing-masisng pulang pada pukul 12.00 tengahari.

Semoga aktiviti seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan bagi seluruh warga SMK Benut. Diharap majlis ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :



























No comments: