Thursday, March 12, 2020

Kejohanan Olahraga SMK Benut 2020


3 Februari 2020 (Isnin) - Hari kejohanan sukan SMK Benut bagi tahun 2020 telah diadakan pada 3 Februari 2020, hari Selasa yang mana melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Hari kejohanan ini bermula pada jam 7.30 pagi dimana semua guru dan murid berkumpul di Dataran Baiduri untuk sesi taklimat. Taklimat tentang hari kejohanan telah disampaikan oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran selaku setiausaha kokurikulum SMK Benut.

            Setelah selesai diberi penerangan murid-murid dilepaskan ke padang untuk memulakan acara. Acara dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan rumah sukan masing-masing. Keempat-empat rumah berusaha bersungguh-sungguh dengan dilengkapi hiasan yang sangat menarik. Acara lintas hormat dijalankan yang mana tetamu jemputan dijemput bagi menerima tabik hormat kumpulan perbarisan. Selepas perbarisan selesai, acara pada hari kejohanan dimulakan.

            Antara acara sukan yang dipertandingkan pada hari itu ialah acara akhir 200m, 800m, dan 4x400m bagi setiap kategori. Acara kemuncak pada hari itu adalah acara lari 4x50m guru-guru. Keputusan akhir kejohanan olahraga SMKB adalah seperti berikut:
1.    Johan              - Temenggung
2.    Naib Johan      - Panglima
3.    Ketiga              - Bendahara
4.    Keempat         - Laksamana

Keseluruhan perjalanan bagi kejohanan sukan pada kali ini berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi dan memberi kerjasama yang sangat baik Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara kejohanan tahun 2020. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.

‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’































No comments: