Saturday, April 18, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar


18 April 2009
– Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2008 telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Bin Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pontian). Majlis tersebut bermula 7.45 pagi.


Berikut adalah penerima anugerah kecemerlangan pada majlis tersebut.

(Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan 2008)




Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih kepada YB Tn Hj Ahmad Maslan kerana sudi merasmikan majlis tersebut dan ucapan tahniah atas kejayaan cemerlang kepada penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan anda.

Friday, April 17, 2009

Terima Kasih Cikgu


16 April 2009
- Majlis Perpisahan kepada Encik Isa bin Ab Hamid dan Puan Hadijah Binti Misran telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab SEGUGUS SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan selama mereka bertugas di SMK Benut. Selamat bertugas di tempat yang baru.


Monday, April 13, 2009

SMK Benut Ke Kebangsaan


Larkin 11 April
– Buat pertama kalinya wakil dari Daerah Pontian menjuarai Pertandingan Petanque Peringkat Negeri Johor. Pada 11 April 2009 yang lalu, SMK Benut, Pontian telah menjadi Johan pertandingan tersebut bagi kategori wanita dengan menewaskan 23 buah pasukan daerah yang lain.



MB2

1. MOHD HELMI BIN MD RAUS

2. MOHD SHAFIE BIN HAMZAH

3. MUHAMMAD WAFIQ BIN ANUAR

5 AL KINDI

3 IBNU KHALDUN

3 IBNU KHALDUN


MB1

1. NUR ILI FARHANA BINTI BAHARUDIN

2. NURUL HUSNA BINTI SAIMAN

3. FARAH DILLA BINTI LABDULARASID

3 IBNU SINA

3 IBNU RUSYD

3 IBNU RUSYD


GURU PENGIRING / JURULATIH

1. ENCIK MD ANISHAK BIN AHMAD

2. ENCIK ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL

3. PUAN NORANI BINTI KAMARI


Berikut adalah laluan pasukan SMK Benut bergelar juara,


Peringkat Kumpulan

Mata

SMK Benut mn SMKDARA

11 – 3

SMK Benut mn SMK Ulu Tiram

11 – 1

SMK Benut menjadi Johan Kumpulan B


Peringkat Kedua

Mata

SMK Benut mn SMK DAHA

11 – 5


Suku Akhir

Mata

SMK Benut mn SMK Semenchu

11 – 3


Separuh Akhir

Mata

SMK Benut mn SMK Senggarang

7 – 4 ( 6 end )


Akhir

Mata

SMK Benut mn SMK Tmn Kluang Barat

6 – 3 ( 6 end )


Dengan itu, SMK Benut mewakili negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Cheras, Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Mei.


Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas atas kecemerlangan tersebut.


Pelancaran Ponteng Kelas dan Salah Laku Pelajar


13 April 2009 – Pelancaran Ponteng Kelas dan Salah Laku Pelajar telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) pada perhimpunan pagi hari ini.


Puan Hajah Andi Audrayanah Binti Haji Md Noor (GPK HEM, SMK Benut) menyatakan objektif program ini antaranya menangani masalah gejala sosial supaya sifar disiplin di SMK Benut, melaksanakan perancangan awal masalah ponteng kelas dan salah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran serta pemulihan menangani salah laku pelajar di dalam kelas. Pelbagai strategi telah disusun bagi mencapai matlamat program ini, iaitu memastikan buku kehadiran pelajar dalam kelas sentiasa dipatuhi penggunaannya oleh guru dan wakil pelajar, memaklumkan segera salah laku pelajar melalui musyawarah bersama ibu bapa dan wakil PIBG dan memberikan kaunseling kepada pelajar tersebut.


Tuan Pengetua turut menasihatkan agar pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang pihak sekolah laksanakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran di kelas berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Beliau telah sudi melancarkan buku kehadiran pelajar dan menyampaikannya kepada wakil pelajar setiap tingkatan.




Monday, April 6, 2009

Pelancaran Penghayatan Bulan Bahasa


6 April 2009
– Pelancaran Bulan Penghayatan Bahasa sepanjang Bulan April dan Mei telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) pada perhimpunan pagi hari ini.

Program ini dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Matlamat program ini bagi melahirkan pelajar yang berktrampilan dan dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu serta mengembangkan bakat pelajar dalam pelbagai bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Pendidikan Negara.


Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang antaranya program citra bahasa, pertandingan sahiba, kuiz komsas, ulasan buku, teka silang kata, pertandingan deklamasi sajak, kem bahasa Melayu, pidato dan syarahan serta kembara bahasa (explore race).


Diharap para pelajar mengikuti semua pertandingan yang dianjurkan.



pelancaran 2.jpg



pelancaran 1.jpg



pidato bi.jpg



deklamasi sajak.jpg



SMK Benut Menang Lagi


6 April 2009
– Pada 4 April dan 5 April 2009 yang lalu, telah diadakan pertandingan petanque Angkasa Sekolah Menengah peringkat daerah Pontian 2009 bertempat di SMK Benut, Pontian. Pertandingan ini adalah anjuran bersama ANGKASA dengan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.

Sejumlah 37 pasukan yang terdiri daripada 16 pasukan perempuan dan 21 pasukan lelaki telah mengambil bahagian. SMK Benut telah menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan pada pertandingan tersebut.

Setelah berhempas pulas dalam kumpulan, akhirnya MB2 pasukan lelaki dan MB1 pasukan perempuan telah menjadi JOHAN kumpulan. Keputusan terakhir MB2 muncul tempat KETIGA manakala MB1 mendapat NAIB JOHAN. Dua pasukan ini (MB1 dan MB2) akan mewakili Pontian ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 11 dan 12 April ini.

Warga SMK Benut merakamkan syabas dan tahniah atas kejayaan ini.

MB2

1. MOHD HELMI BIN MD RAUS

2. MOHD SHAFIE BIN HAMZAH

3. MUHAMMAD WAFIQ BIN ANUAR

5 AL KINDI

3 IBNU KHALDUN

3 IBNU KHALDUN

MB1

1. NUR ILI FARHANA BINTI BAHARUDIN

2. NURUL HUSNA BINTI SAIMAN

3. FARAH DILLA BINTI LABDULARASID

3 IBNU SINA

3 IBNU RUSYD

3 IBNU RUSYD

GURU PENGIRING / JURULATIH

  1. ENCIK MD ANISHAK BIN AHMAD
  2. ENCIK ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL


Petanque.jpg

Friday, April 3, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430 H



3 April 2009 – Sambutan Maulidur Rasul 1430 H / 2009 M peringkat sekolah telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 7.30 pagi. Program ini diadakan dengan matlamat untuk mengingati dan mencontohi perjuangan dan akhlak Rasulullah S.A.W.


Pihak sekolah telah mengundang penceramah iaitu Tuan Haji Mohd Noh bin Sairi (Mantan Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya).


Pelbagai aktiviti dijalankan seperti tayangan video, bacaan Al-Quran, Bacaan Berzanji dan marhaban, kuiz Maulidur Rasul serta persembahan nasyid.


Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.



030420093947.jpg



030420093951.jpg



030420093961.jpg



030420093963.jpg



030420093965.jpg



030420093967.jpg



030420093968.jpg



030420093970.jpg



030420093972.jpg



030420093975.jpg



030420093976.jpg



030420093983.jpg