Monday, May 11, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru Tingkatan 6 Rendah


7 Mei 2009
– Tahniah dan selamat datang warga SMK Benut ucapkan kepada pelajar Tingkatan Enam Rendah yang berjaya meneruskan pengajian di SMK Benut. Seramai 149 orang telah mendaftar pada hari ini.

Pelajar ini akan mengikuti Minggu Suai Mesra Pelajar Pra Universiti SMK Benut Tahun 2009 selama 5 hari (11 Mei – 15 Mei 2009).

Program dengan tema merealisasikan kecemerlangan mencapai wawasan bersesuaian dengan kehendak matlamat dan objektif SMK Benut.

Pelbagai aturcara telah diaturkan untuk memberikan pelbagai maklumat kepada pelajar baru Tingkatan Enam Rendah, iaitu falsafah sekolah, misi sekolah, visi sekolah, objektif sekolah, peraturan sekolah, senarai tenaga pengajar, lagu sekolah dan pelbagai lagi.

Warga SMK Benut mengharapkan pelajar baru Tingkatan Enam Rendah dapat memberikan pelbagai sumbangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.



Friday, May 8, 2009

Program Mentor Mentee Jalinan Kasih KRK 2009


7 Mei 2009
– Majlis Aku Janji dan Penyerahan Mentor Mentee Kelas Rancangan Khas 2009 telah berjaya diadakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Benut pada hari ini.

Matlamat Program Mentor Mentee diadakan bagi melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dan lulus dengan cemerlang. Manakala objektif program tersebut untuk merapatkan perhubungan antara guru dan pelajar, membantu pelajar mengenali diri, meningkatkan keyakinan diri para pelajar serta membantu para pelajar membina matlamat dan komited untuk berjaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) di Dewan Baiduri, SMK Benut. Beliau mengharapkan para pelajar KRK SMK Benut menunjukkan dan membuktikan kesungguhan dalam peningkatan prestasi akademik dan sahsiah yang lebih cemerlang berbanding pelajar yang bukan terpilih dalam kumpulan KRK. Beliau turut mengharapkan prestasi PMR Tahun 2009 lebih cemerlang dengan lebih ramai yang mendapat 8A. Insyaallah.

Pada majlis tersebut, penyerahan lencana KRK dan Bacaan Ikrar dan Aku Janji turut diadakan. Seterusnya, majlis penyerahan Mentor Mentee Jalinan Kasih Tingkatan 3 seramai 19 orang.






Wednesday, May 6, 2009

Keputusan Rasmi Karnival Pencegahan Dadah Daerah Pontian


6 Mei 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Dikir Barat Kumpulan Simandakini yang berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Pontian yang diadakan di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, Pontian.
Pasukan ini akan mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 15 - 16 Mei 2009 di Kulai.

Bagi pertandingan melukis poster pula, kecemerlangan berpihak kepada SMK Benut, iaitu bagi kategori melukis poster Menengah Rendah dan Menengah Atas mendapat JOHAN. Mereka diwakili oleh Nursyafiqah Binti Aspani (3 Ibnu Sina) - kategori Menengah Rendah manakala Nurhalimah Binti Mahadi (5 Ibnu Khaldun) - kategori Menengah Atas. Mereka ini akan mewakili daerah Pontian ke peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 15 - 16 Mei 2009 di Kulai.


Seterusnya, pertandingan mendeklamasikan sajak SMK Benut yang diwakili oleh Zurita Binti Tahir (6 Ibnu Sina) hanya berjaya mendapat tempat KETIGA.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan ePPDa multimedia yang mendapat tempat KETIGA yang diadakan pada 5 Mei 2009 di Makmal Komputer SMK Benut. Mereka terdiri daripada Mohd Fouad Bin Mohd Noh (4 Ibnu Khaldun), Muhd Hisham Bin Samion (4 Ibnu Khaldun) dan Mohd Norazhar Bin Saini (4 Ibnu Sina).

Syabas atas kejayaan anda semua untuk kecemerlangan SMK Benut.

Kumpulan ePPDa SMKB.jpg

Kumpulan Simandakini SMKB.JPG

Kumpulan ePPDa SMK Benut

Kumpulan Simandakini SMK Benut


Tahniah Pasukan Bola Baling Lelaki 15 Tahun


6 Mei 2009
– Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Bola Baling Lelaki 15 Tahun yang telah memenangi tempat KETIGA dalam pertandingan Bola Baling Lelaki 15 Tahun Peringkat Daerah Pontian yang diadakan pada hari ini bertempat di padang SMK Sri Tanjung, Pontian.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus Pasukan dan Jurulatih yang memberikan latihan yang intensif kepada para pemain. Antaranya Encik Anishak Bin Ahmad, Encik Ismail Bin Ahmad, Encik Samsudin Bin Saad, Encik Hatta Munse Bin Mohsin, Puan Siti Norzila Binti Tumin dan Cik Aswalida Binti Shafri.






Wednesday, April 29, 2009

KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 6 2009

MAKLUMAT KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 6 2009

TARIKH

PERKARA

CATATAN

6 MEI 2009

KEPUTUSAN ON-LINE TAWARAN KE TINGKATAN 6

11 MEI 2009

PENDAFTARAN TINGKATAN 6

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6

25 - 29 MEI 2009

RAYUAN TUKAR JURUSAN

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6

11MEI - 1 JUN 2009

RAYUAN MASUK TINGKATAN 6 (T6BKK)

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6

15 JUN 2009

PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN T6BKK

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6

22 JUN 2009

SURAT KELULUSAN TUKAR JURUSAN DIKELUARKAN

JABATAN PELAJARAN JOHOR



Saturday, April 25, 2009

Teater Komsas Daerah Pontian 2009



25 April 2009
– Pertandingan Teater Komsas Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Pontian, Johor telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Sebanyak tiga buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut, iaitu SMK Benut, SMK Teluk Kerang dan SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman.

Keputusan rasmi telah diumumkan oleh Ketua Hakim Encik Ismail Bin Ketang. Johan – SMK Teluk Kerang, Naib Johan – SMK Benut dan Ketiga – SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman.

Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang.

Thursday, April 23, 2009

Tahniah Pasukan Unit Beruniform SMK Benut


23 April 2009
– Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Kadet Polis yang telah berjaya memenangi tempat KEDUA dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Sekolah Menengah GO peringkat Daerah Pontian yang diadakan di SMK Telok Kerang, Pontian pada 22 April 2009. Ucapan tahniah juga diberikan kepada Ketua Platun Pasukan Kadet Polis yang berjaya memenangi Ketua Platun Terbaik Keseluruhan.

Seterusnya, ucapan syabas dan tahniah juga diberikan kepada Pasukan Bulan Sabit Merah kerana telah berjaya memenangi tempat KEDUA dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Sekolah Menengah NGO peringkat Daerah Pontian yang diadakan di SMK Telok Kerang, Pontian pada 23 April 2009.

Kejayaan anda menjadi kebanggaan kami warga SMK Benut.