Wednesday, November 9, 2011

Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Restu Ilmu Tingkatan Lima



9 November 2011 – Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Restu Ilmu kepada murid-murid Tingkatan Lima telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 10.10 pagi  sehingga jam 1.50 petang. Majlis dihadiri oleh barisan pentadbir dan guru-guru yang mengajar Tingkatan Lima.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya acara memotong pulut kuning dan persembahan khas daripada murid-murid Tingkatan Lima. Sebelum itu, ucapan khas daripada wakil murid oleh Nurhidayah Binti Elias (5 Ibnu Khaldun) dan Encik Selamat Bin Haji Mon (Penolong Kanan Pentadbiran).

Akhir sekali, Majlis Restu Ilmu diadakan dengan murid-murid memohon ampun dan maaf serta meminta restu untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011 daripada semua guru yang mengajar di Tingkatan Lima.

Warga SMK Benut mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan mendoakan kecemerlangan milik anda.


























Majlis Ibadah Korban Aidiladha 1432H



8 November 2011 – Majlis Ibadah Korban Aidiladha Warga SMK Benut 1432 Hijrah telah berjaya diadakan pada hari ini di gelanggang bola tampar, SMK Benut bermula jam 8.00 pagi. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan untuk program ini. Program ini dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Benut dengan kerjasama warga pendidik SMK Benut.

Aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memperingati dan mencontohi pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS ke atas anaknya Nabi Ismail AS. Selain itu, objektif aktiviti ini untuk menghayati ibadah korban sempena Aidiladha secara teori dan praktikal. Seterusnya, dapat menghidupkan sunnah dengan semangat kerjasama dan persaudaraan yang erat. Akhir sekali dapat memupuk hubungan baik dan bersepadu antara warga SMK Benut.

Warga SMK Benut mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua yang beragama Islam.