Monday, June 25, 2012

Tahniah Persatuan PSV mencipta Rekod Cemerlang



25 JUN 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan cemerlang dan mencipta rekod baru pencapaian terbaik kepada 3 orang peserta SMK Benut yang menyertai pertandingan Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor serta Karnival Sains dan Inovasi Johor yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA), Johor Bahru. Rekod cemerlang, iaitu menjuarai JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA dalam pertandingan ini.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Majlis Rekabentuk Malaysia. Pertandingan ini diadakan bermula 19 hingga 25 Jun 2012.
Peserta SMK Benut telah berjaya dengan CEMERLANG dalam pertandingan yang diadakan ini (peringkat Kebangsaan).

MOHD RIDZUAN BIN ABD JALAL (1 IBNU SINA) mendapat tempat KETIGA dengan ciptaan jam digital serbaguna serta pintar.  

Seterusnya, SITI KHAIRIZAH BINTI MOHMED (4 IBNU SINA) mendapat NAIB JOHAN dengan lakaran dan rekacipta yang bertajuk ‘Teman Kembara’.

Akhir sekali, DEWI YANTI AGUSTYNAH BINTI SAJI (4 IBNU SINA) mendapat JOHAN dengan lakaran dan inovasinya yang bertajuk  ‘Beg Tangan Keselamatan’. Hadiahnya sebuah basikal, pemain video, kamera digital serta hadiah iringan yang lain.

Tahniah dan terima kasih diucapkan khas kepada ENCIK ROSLAN BIN IDRIS (guru pembimbing) yang memastikan kejayaan yang berterusan dalam setiap pertandingan yang disertai.

DEWI SANTI AGUSTYNAH BINTI SAJI  
(4 IBNU SINA
JOHAN 

 SITI KHAIRIZAH BINTI MOHMED 
(4 IBNU SINA)
NAIB JOHAN
MOHD RIDZUAN BIN ABD JALAL 
(1 IBNU SINA
KETIGA 

Thursday, June 14, 2012

Selamat Datang dan Selamat Bertugas


14 JUN 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada seramai 4 orang guru baru, 3 orang guru berpindah dan 3 orang pembantu makmal. Semoga anda gembira dan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di SMK Benut. 


ENCIK FIRDAUS EFFENDI BIN SARION
(TESL)

ENCIK KHAIRUL ANNUAR BIN SAMSUSAH
(KHB)

ENCIK MOHD ARBAIN BIN SAPUAN
(MATEMATIK)

CIK NORAIZAM BINTI WAHAB
(BAHASA MELAYU)

CIK SITI ROHANA BINTI ISMAT
(BAHASA MELAYU)

PUAN EMALINA BINTI ABDUL RAHMAN
(PENGAJIAN AM)

PUAN SITI NORMAINI BINTI MOHD FAUZI
(SAINS)

PUAN ZAINAB BINTI ISMAIL
(PERANGKAAN STATISTIK)



CIK NORAZILA BINTI ISMAIL
(PEMBANTU MAKMAL)

PUAN NORAZRIN BINTI SALIHIN
 (PEMBANTU MAKMAL)

PUAN SITI AMINAH BINTI HASAN MANSUR (PEMBANTU MAKMAL)

Sunday, June 3, 2012

Selamat Pengantin Baru Puan Zuraidah Othman


3 Jun 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Puan Zuraidah Binti Othman (Pembantu Tadbir, SMK Benut) dengan pasangan pilihan hati Encik Kamarul Bin Hasan yang selamat melangsungkan majlis walimatul urus pada hari ini di rumahnya beralamat Kg. Sungai Pinggan, Benut, Pontian. Kami doakan semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga. Insyaallah. Amin.