Monday, August 6, 2012

Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang Kepada Jawatankuasa SPSK 2012


6 Ogos 2012 – Majlis penyampaian Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang kepada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) kerana menyumbangkan dengan komitmen yang cemerlang untuk penilaian Verifikasi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti bagi TAHUN 2012 dengan pencapaian CEMERLANG (99.3%) oleh Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor pada 1 Ogos 2012.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) semasa mesyuarat guru kali ke-3 di bilik mesyuarat As-Syafie pada hari ini. Sebelum itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Selamat Bin Haji Mon (Penyelaras SPSK), Jawatankuasa-Jawatankuasa Pengurusan Kualiti, ketua-ketua panitia dan seterusnya kepada warga pendidik SMK Benut yang turut menyumbang kejayaan ini.

Tahniah dan syabas kepada SMK Benut.








Tahniah Pemenang Program Bulan Membaca 2012


6 Ogos 2012 – Majlis penyampaian hadiah dalam pertandingan Bulan Membaca telah berjaya disempurnakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) pada hari ini semasa perhimpunan rasmi mingguan di Dataran Baiduri, SMK Benut.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang setiap aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan seterusnya minat membaca diteruskan dalam diri.




















Kem Waja PMR Geografi 2012


4 Ogos 2012 – Aktiviti Kem Waja PMR 2012 dalam Program Kecemerlangan PMR 2012 bagi mata pelajaran Geografi telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Sasaran terutamanya kepada murid-murid Tingkaan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.

Encik Yusof Bin Jasman (Guru Mata Pelajaran Geografi, SMK Benut) telah menyampaikan teknik menjawab soalan dan memberikan set soalan untuk latih tubi dalam program ini.

Semoga info dan panduan menjawab soalan yang disampaikan oleh beliau dapat dipraktikkan dan seterusnya memberikan kefahaman dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan nanti.














Wednesday, August 1, 2012

Tahniah SPSK SMK Benut 2012


1 OGOS 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMK Benut yang mendapat markah 99.3%  ( CEMERLANG A+ ) dalam penilaian verifikasi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) AHUN 2012 yang telah dinilai oleh verifikator dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian seramai 3 orang, iaitu yang diketuai oleh Encik Hamid Bin Selamat (Timbalan PPD Pontian).

Tahniah kepada semua yang terlibat terutama pemegang Pengurusan Kualiti yang menguruskan  fail dan dokumen yang berkaitan SPSK dengan cemerlang. 











Ceramah Keselamatan Pelajar oleh IPD Pontian


1 OGOS 2012 – Ceramah Keselamatan Pelajar telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Baiduri, SMK Benut pada hari ini bermula jam 7.30 pagi sehingga 8,30 pagi kepada para pelajar SMK Benut kecuali pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 Senior yang mengikuti program Waja.

Pihak sekolah (Unit Hal Ehwal Murid) telah mengundang Insp. Puan Hazwani Binti Samsudin (Pegawai Perhubungan Sekolah, Ibu Pejabat Polis Daerah  Pontian).

Semoga banyak input yang diperoleh oleh pelajar dalam ceramah ini. Seterusnya  dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan memastikan sahsiah serta disiplin diri sentiasa cemerlang.








Amalan 5S dilaksanakan


31 OGOS 2012 – Makluman dan pelaksanaan Amalan 5S telah berjaya disampaikan kepada semua pelajar SMK Benut. Makluman ini telah disampaikan oleh Jawatankuasa Pelaksama, iaiu Puan Rosliza Binti Selamat.

Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) diharap dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua warga SMK Benut.

Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S membuka peluang kepada semua warga SMK Benut untuk mencipta lagu Amalan 5S.