Thursday, January 8, 2015
Thursday, January 1, 2015
INTIPATI MESYUARAT GURU BIL1/2015
29 DIS- Mesyuarat Guru kali pertama sesi 2015 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Assyafie. Initipati mesyuarat bertumpu kepada pesanan, nasihat serta arahan perlaksanaan bagi memasuki sesi persekolahan baru 2015. Berikut merupakan intisari mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro:
- Kehadiran dalam semua mesyuarat hendaklah menepati waktu. Hal ini demikian, guru adalah cerminan sekolah, pentadbiran dan murid. Selain itu arahan-arahan perkhidmatan seperti etika pemakaian guru hendaklah dipatuhi. Pemakaian baju bagi guru-guru pada hari Ahad adalah baju batik, pada hari Rabu baju unit beruniform dan pada hari Khamis, baju Melayu. Pada hari Isnin dan Selasa, guru lelaki memakai baju kemeja. Untuk pelajar pula, hari Ahad semua pelajar memakai pakaian rasmi sekolah, (tidak boleh memakai baju pendidikan Jasmani), pada hari Rabu memakai pakaian unit beruniform dan pada hari Khamis digalakkan memakai baju Melayu. Pelajar tidak dibenarkan memakai baju pendidikan jasmani jika tidak ada mata pelajaran tersebut pada hari itu.
- Senarai Tugasan Guru seperti dalam Buku Pengurusan 2015. Senarai Pemberatan Tugas Guru 2015 telah disiapkan dan ada pada setiap pentadbir sekolah dan diguna pakai dalam pertimbangan E-Prestasi(PBPPP) guru-guru. Rutin tugas hendaklah ditambah baik terutama pendaftran pada hari pendaftaran pelajair-pelajar dan hari pertama persekolahan
- Dua orang guru yang terlibat secara langsung dengan banjir iaitu En. Fairol Hisham dan Pn. Normaini, didoakan agar tabah dalam menghadapi dugaan. Sehubungan itu seperti dalam kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tarikh buka sekolah ditangguhkan seminggu iaitu pada 11 Januari 2015. namun begitu, jika ada keperluan dipanggil bertugas pada waktu itu, guru perlu akur. Hari pendaftaran pelajar tidak berubah iaitu pada 1 Januari 2015. Sumbangan untuk mangsa banjir juga dilancarkan dan kutipan sebanyak RM1332.00 telah berjaya dikutip. Team Misi Mangsa Banjir juga dilancarkan dan beberapa orang guru SMK Benut akan ke Kelantan untuk menjalankan Misi Banjir ini.
- Keputusan PT3 tahun 2014 merupakan TOV bagi tahun 2015 dan keputusan ini adalah realiti pencapaian pelajar SMK Benut. Setiausaha PT3 dan guru-guru terlibat dalam PT3 perlu menyediakan bahan untuk membentangkan dalam Dialog Prestasi dalam masa terdekat. Ini kerana Tuan Pengetua perlu membentangkannya pula pada peringkat PPD dan kemungkinan dalam Dialog Prestasi Peringkat PPD Pontian, akan dihadiri oleh Tuan Pengarah Pelajaran Johor
- Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 tidak dibenarkan membawa motorsikal ke sekolah dan pelajar 4, 5 dan 6 perlu mempunyai lesen memandu dan memakai halmet jika mahu membawa motorsikal ke sekolah. Pelajar tidak lagi dibenarkan meletakkan motorsikal di kawasan lapangan Petanque di tepi bangunan Sanggar Kokurikulum, sebaliknya di tempat asal iaitu di tepi pagar pintu utama sekolah.
- Guru-guru perlu tahu dan menguasai program dan dasar-dasar kerajaan yang terbaharu seperti PPPM, KBAT, I-Think, Pembelajaran Abad ke-21, SPS, E-Prestasi(PBPPP), SPSK, SPKM dan banyak lagi dan pegawai-pegawai seperti Nazir, pegawai daripada JPN, Pegawai PPD, pegawai SIC+, pegawai SIC Partner, akan memberikan tumpuan tentang aspek ini jika berkunjung ke sekolah.
- Guru juga perlu tahu Hala tuju Pengarah Pendidikan Johor dan bahannya ada dalam blog SMK Benut. Blog sekolah perlu menjadi bahan rujukan semua guru SMK Benut.
- Semua guru perlu mempunyai wassap dan Telegram kerana kedua-duanya merupakan medium untuk menyampaikan maklumat dari "Atas ke Bawah" dan dari "Bawah ke Atas". Selain itu penggunaan Frog VLE perlu dilaksanakan dengan terancang (pencapaian penggunaan lebih 70%) dan penggunaan E- Rekod Mengajar boleh digunakan dan guru-guru tingkatan 6 boleh menjadi "pemulanya"
- Mesyuarat pengurusan Kurikulum, HEM, dan Kokurikulum akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam Buku Pengurusan 2015.
- Pengetua mengharapkan agar semua perancangan yang telah dibuat akan berjalan lancar dengan komitmen dan kerjasama semua guru.
Thursday, December 25, 2014
Perjumpaan Alumni '86 SMK Benut
21 Dis- Alumni SMB '86, telah mengadakan perjumpaannya di Dewan Baiduri SMK Benut yang bermula dari pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 5 petang. "Reunion" ini dihadiri seramai 33 orang bekas pelajar SM Benut tahun 1986 dan masing-masing membawa ahli keluarga mereka. Sebelum kumpulan alumni '86 ini mengadakan "reunion" di Dewan Baiduri, mereka berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka di Merbah Eco Resort, Benut. selain mengenang nostalgia sesama mereka semasa bersekolah, Alumni '86 turut menyumbang kepada pihak sekolah yang mendidik mereka hingga berjaya menjadi seorang yang berjaya.


Perjumpaan Alumni SMB 1984
20 Dis - Alumni SMB 1984, telah mengadakan Reunion kumpulan mereka di Dewan Baiduri SMK Benut. Majlis ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 Petang. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro. dalam ucapannya, Tuan Pengetua mengharapkan agar Alumni SMK Benut diaktifkan semula dengan mengumpulkan kumpulan pelajar pertama penubuhan sekolah ini (tahun 1965) hingga tahun terkini.
"Inilah masanya untuk mengumpulkan semua bekas pelajar SMK Benut bersempena dengan sambutan Jubli Emas SMK Benut yang akan diadakan pada 31 Mac 2015", Ujar Tuan Pengetua dalam majlis itu.
Seramai 97 orang bekas pelajar Alumni '84 telah menghadiri majlis ini. Hasil didikan dari sekolah ini, Alumni '84, telah melahirkan ramai golongan profesional, korporat dan penjawat awam yang berjaya. Alumni '84 ini juga telah menghulurkan sumbangan kepada sekolah dan akan terus membantu pihak sekolah agar sekolah yang menjadi tapak awal untuk kejayaan mereka, akan terus melahirkan pelajar yang cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.
Wednesday, December 24, 2014
Hari Pengumuman Keputusan PT3 SMKB 2014
22 DIS- Berikut merupakan pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3, 2014
PENCAPAIAN 7A
1. TEE HUI BOON (7A, 3B)
2. NURUL NABILA BT. ROSLAN (7A, 2B, 1C)
3. TAN JOYE (7A, 2B, 1C)
PENCAPAIAN 6A
1. AHMAD NUR BANIN BIN BORHANUDDIN (6A, 3B, 1C)
2. TANG HUA RU (6A, 3B, 1C)
3.NORJULIANA BT. TAHIR (6A, 3B, 1C)
4. NURUL FATIN NAZIRA BT. NAZATUL DZAHIR (6A, 2B, 2C)
5. NUR LYANA SARI BT. DEDY CHANDRA (6A, 2B, 2C)
PENCAPAIAN 7A
1. TEE HUI BOON (7A, 3B)
2. NURUL NABILA BT. ROSLAN (7A, 2B, 1C)
3. TAN JOYE (7A, 2B, 1C)
PENCAPAIAN 6A
1. AHMAD NUR BANIN BIN BORHANUDDIN (6A, 3B, 1C)
2. TANG HUA RU (6A, 3B, 1C)
3.NORJULIANA BT. TAHIR (6A, 3B, 1C)
4. NURUL FATIN NAZIRA BT. NAZATUL DZAHIR (6A, 2B, 2C)
5. NUR LYANA SARI BT. DEDY CHANDRA (6A, 2B, 2C)
















