Sunday, January 18, 2015

Orientasi Asrama Asli SMKB 2015

16 - 17 Januari 2015: Hari Orientasi Pelajar Asrama Asli SMKB Tahun 2015 telah diadakan pada 16 hingga 17 Januari 2015 di Dewan Makan Asrama.Orientasi ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dengan kerjasama guru-guru SMKB.

Tujuan Majlis Orientasi ini diadakan adalah untuk membantu murid – murid dalam mengenali diri dan pengurusan diri ketika berada di asrama. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid baharu dengan suasana keadaan asrama disamping dapat memupuk semangat berpasukan dan saling bantu – membantu antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa Majlis Orientasi ini adalah :
  • Smart Solat
  • Senam Pagi
  • Latihan Dalam Kumpulan
  • Ceramah
  • Persembahan Kebudayaan








 






Wednesday, January 14, 2015


Kunjungan Kasih daripada
Ustaz Halim Hafidz 
(Al Hidayah TV3 & Assalamualaikum TV Al Hijrah)
Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari
(Pengarang Buku Biografi Agung Rasullah)
Diana Amir
(Selebriti TV)
Adam Corrie
(Selebriti TV) 

Sukacitanya SMK Benut telah menerima kunjungan daripada kumpulan Forum Perdana  bagi menyuntik semangat dan azam baharu yang lebih baik dalam kalangan pelajar. Objektif kunjungan ini adalah sebagai motivasi kerohanian kepada pelajar bagi memulakan sesi persekolahan 2015. We Are The Best !

 
















Sunday, January 11, 2015



Program Suaikenal Pelajar 

Tingkatan 1/2015

11-15 Januari 2015(Ahad - Khamis)


Membimbing pelajar-pelajar baharu agar berupaya menyesuaikan diri, meningkatkan  kecemerlangan diri mengikut halatuju dan matlamat seiring dengan globalisasi dan wawasan 2020











Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada pelajar SMK Benut. Semoga permulaan tahun 2015 ini  menjadi titik tolak para pelajar mempersiapkan diri dengan azam baharu yang lebih baik dari tahun sebelumnya. kepada pelajar Tingkatan 1 " Selamat datang ke fasa persekolahan yang baharu" semoga SMK Benut ini menjadi medan menuju kecemerlangan pelajar Abad 21.