Wednesday, April 15, 2015

"Champion"
Scrabble Competition
Pontian District Level
2015


9 April 2015 (Khamis): Smk Benut telah menjuarai Pertandingan Scrabble peringkat Sekolah Menengah Daerah Pontian di dalam kategori menengah atas. manakala bagi kategori menengah rendah smk benut telah mendapat tempat ke 7 daripada 18 penyertaan.Tahniah diucapkan. We Are The Best !!




NAIB JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN TAHUN 2015

Tahniah diucapkan kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) kerana mendapat tempat kedua di dalam pertandingan kawad kaki peringkat sekolah-sekolah daerah Pontian. Pertandingan telah berlangsung di SMK Teluk Kerang selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April 2015.  We Are The Best!!!







Tuesday, April 14, 2015

Pemantauan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Abad 21 Oleh Pegawai JPNJ

14 April 2015: Pemantauan Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Abad 21 Oleh Pegawai JPNJ Tn. Hj. Ibrahim Bin Md. Tahir (Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan Sektor Pengurusan Akademik) telah dijalankan merangkumi aspek Sistem Fail, Prasarana dan Kaedah PdP.

Selain itu kewangan sekolah juga turut disemak bagi tujuan membantu pihak sekolah kearah yang lebih cemerlang dan seterusnya dapat menjalankan PdP dalam menyahut cabaran sebagai sekolah perintis Pembelajaran Abad 21.

Diharapkan agar warga SMKB akan bersedia dengan lebih mantap lagi samada dari segi item yang perlu ada di dalam kelas dan juga kaedah penyampaian PdP.

Pemantauan dan taklimat yang bermula jam 9.30 pagi berakhir pada jam 2.45 petang. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Ibrahim Bin Md. Tahir atas kesudian memperjelaskan beberapa isu yang disampaikan terus kepada barisan pentadbir SMKB.

 

Mesyuarat J/K Disiplin & Pengawas Bil. 2/2015

14 April 2015: Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas bermesyuarat untuk kali ke-2 tahun 2015 di Bilik Gerakan SMKB. Dalam mesyuarat kali ini En. Ariffin Bin Bajuri (GPK HEM) telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Banyak isu-isu yang dibincangkan bagi menangani masalah  disiplin SMKB. Antara yang dibincangkan ialah isu-isu yang dibangkitkan oleh Tuan Pengetua dan aktiviti yang berkaitan dengan Program "Amalan Sahsiah & Rohani" (ASAR).

Syabas kepada semua ajk yang terlibat. Semoga SMKB akan melahirkan murid yang bersahsiah terpuji. "SMKB, We Are The Best"

Sunday, April 12, 2015

Tahniah!!!
Johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Daerah 


12 April 2015 (Ahad) : Sebuah majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi meraikan para pelajar yang memenangi pertandingan di Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah, 2015. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Benut pada 29 Mac 2015. Smk Benut telah mendapat Johan dalam pertandingan Mendeklamasikan Sajak kategori menengah rendah berkumpulan yang dimenangi oleh Tan Sharen, Jolene Tee Jia Er, Ng Man Xin, dan Chua Jingle. Bagi pertandingan Kuiz Tatabahasa dan Kesusasteraan  Cina pula Smk Benut telah menghantar dua kategori iaitu menengah rendah disertai oleh Ng Jia Chun  dan Ng Jia Hui. Menengah atas pula disertai oleh Teo Shi Ling dan Neo Pei Ying. Kedua-dua kategori tersebut telah memenangi saguhati.

Tahniah juga diucapkan kepada 4 orang ahli kelab yang telah menyertai pertandingan kuiz penggunaperingkat negeri sekali gus merangkul tempat ke-7 dari 70 penyertaan. We Are The Best !

Saturday, April 11, 2015

Program Sahsiah Diri & Kecemerlangan Pelajar Asli Asrama SMKB 2015

11 April 2015: Seramai 62 orang peserta telah menyertai Program Sahsiah Diri & Kecemerlangan Pelajar Asli Asrama SMKB 2015 yang dijalankan pada 10 - 11 April 2015. Program ini telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan SMK Benut.

Antara objektif program ini dianjurkan ialah:
  1. Mengenalpasti dan menyediakan keseluruhan aspek kendiri ke arah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri.
  2. Memberikan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.
  3. Membentuk generasi yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kualiti kecemerlangan diri.
  4. Membina tahap keyakinan yang tinggi dan dapat membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang.
Penutupan rasmi kursus ini telah disempurnakan sendiri oleh Pegawai JAKOA En. Mohamad Ali Bin Sabilan.

Kursus Motivasi Pelajar Tingkatan 6 Tahun 2015

12 April 2015: Satu kursus pelajar tingkatan 6 SMKB telah dijalankan di Biocafe Resort Pontian. Antara objektif kursus ini adalah bagi menyediakan dan meyakinkan diri sebelum melanjutkan pembelajaran diperingkat lebih tinggi samada di IPTA mahupun IPTS.

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.