Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ianya akan memberi impak yang baik kepada SMKB.
Wednesday, June 29, 2016
Solat Hajat Perdana Warga SMKB
29 Jun 2016: Semua warga islam SMKB menjalankan aktiviti solat hajat perdana di dewan Baiduri. Selesai solat hajat dan solat duha aturcara berikutnya adalah bacaan yassin dan tahlil. Tazkirah sempena ramadhan dan syawal yang bakal menjelma juga turut disampaikan oleh Ustaz Tn Hj Mohd Fauzi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ianya akan memberi impak yang baik kepada SMKB.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ianya akan memberi impak yang baik kepada SMKB.
Majlis Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional SMKB
26 Jun 2016: Majlis pelancaran bulan penghayatan Bidang Teknik & Vokasional telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Mastura Aladdin Bin Masro di Dewan Baiduri SMKB.
Antara matlamat bulan penghayatan ini adalah:
- Menungkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Teknik Vokasional
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang.
- Mewujudkan pertandingan yang sihat antara individu dan kelas.
- Mencungkil bakat pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam semua pertandingan koakademik pada peringkat daerah dan negeri
Anatara program dan aktiviti sepanjang bulan penghayatan adalah seperti pertandingan memasak, explorace, lipatan napkin, terrarium, rekabentuk kerja kayu dan kabel crimping
Tuesday, June 28, 2016
Majlis Berbuka Puasa & Tarawih Asrama Asli SMKB
26 Jun 2016: Majlis berbuka puasa dan tarawih asrama Asli SMKB telah dijalankan dengan dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah dan semua ahli jawatankuasa asrama.
Majlis dimulakan dengan berbuka ringan diikuti dengan solat maghrib berjemaah di surau. Seterusnya semua tetamu dan murid asrama berbuka di dewan makan.
Pertandingan Landskap Negeri Johor 2016
Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Johor akan diadakan bermula Mac 2016 dan sesi penjurian akan dilakukan pada bulan Julai 2016. Antara tujuan pertandingan landskap ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan penghayatan dan penekanan kepada aspek penghijauan dan pengindahan bagi kawasan terlibat disamping ianya membantu menggalakkan pembangunan landskap yang berkualiti dan berterusan.
SMK telah menghantar borang pertandingan untuk dinilai. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan amanah yang diberikan. Berikut adalah gambar-gambar landskap yang telah duwujudkan oleh SMK Benut.
Sunday, June 26, 2016
Majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa dan Tarawih
23 Jun 2016 (Khamis): Di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini warga Smk Benut telah mengambil kesempatan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-quran secara bertadarus bersama warga Smk Benut disertai dengan berbuka puasa dan terawih bersama pelajar-pelajar. Antara objektif majlis ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar nikmat berada di dalam bulan ramadhan disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga Smk Benut. Semoga apa yang dilakukan ini memperolehi keberkatan bulan ramadhan yang mulia ini.
Perkataan yang indah adalah ALLAH
lagu yang merdu adalah AZAN
Media yang terbaik adalah AL-QURAN
Senam yang sihat adalah SOLAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingatan akan DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yang suci ini hadir membawa IMAN dan TAKWA. Amin
Program Bubur Lambuk
Smk Benut
2016
23 Jun 2016 (Khamis): Bersempena menyambut bulan Ramadhan yang barakah ini dengan ikhlas hatinya warga Smk Benut telah mengadakan Program Bubur Lambuk dengan mengagihkan bubur lambuk tersebut kepada setiap orang pelajar tanpa mengira bangsa. Seramai 1000 lebih orang pelajar menerima bungkusan bubur lambuk. Bubur Lambuk tersebut disediakan dan dimasak secara bergotong-royong oleh barisan pentadbir, guru-guru dan staff sokongan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan staff sokongan di dalam menjayakan program ini. Objektif mengadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga Smk Benut dan Semoga Smk Benut sentiasa di bawah RahmatNya. We Are The Best.
|
|
HARI TERBUKA
SMK BENUT
22 JUN 2016 (Rabu): Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah di dalam menjayakan program hari terbuka sekolah. Program ini melibatkan semua tingkatan satu hingga tingkatan enam atas. kehadiran ibu bapa disambut dengan baik oleh pihak sekolah dan laporan kecemerlangan pelajar disampaikan oleh guru-guru setiap tingkatan. Semoga Kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa ini dapat memberikan manfaat dan kecemerlangan yang lebih baik di masa akan datang. We Are The Best.
Klik DI SINI untuk gambar-gambar seterusnya














































