Tuesday, April 18, 2017

Program Sinar Minda SPM Siri ke-3

18 April 2017: Program Sinar Minda siri ke-3 telah dijalankan bagi subjek Bahasa Melayu. Program yang dijalankan setiap hari selasa jam 7.15 - 7.30 ini merupakan salah satu di bawah program induk Kecemerlangan SPM yang disusun berdasarkan matapelajaran teras setiap minggu. Walaupun ianya dijalankan hanya sekitar 15 minit sahaja tetapi semua calon SPM dibimbing untuk menjawab soalan berdasarkan format peperiksaan sebenar.

Semoga usaha ini akan menghasilkan kejayaan. SMKB We Are The Best.





Thursday, April 13, 2017

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia

12 April 2017: Majlis pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) telah dijalankan pada hari Rabu yang lepas pada 12 April 2017. Bantuan ini di luluskan oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM100 seorang murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di kalangan isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah. BKAP1M diberikan bertujuan meringankan beban persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.


Antara kriteria pemberian BKAP1M ini adalah :

1.      Murid warganegara Malaysia
2.      Bagi murid warganegara Malaysia, salah seorang ibu bapa/ penjaga mestilah warganegara Malaysia
3.      Murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 atau setaraf dengannnya di kalangan isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah
4.      Bersekolah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan

Jutaan terima kasih di ucapkan, atas bantuan yang diberikan. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban ibu bapa atau penjaga
Bagi sesi persekolahan 2017 ini.



















Monday, April 10, 2017

Perbahasan Bahasa Cina Daerah Pontian

8 April 2017: Persatuan Bahasa Cina SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan perbahasan Bahasa Cina peringkat Daerah Pontian pada hari Sabtu, 8 April 2017. Enam orang wakil murid SMKB telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Hasil usaha gigih guru dan murid, smk benut telah menjadi johan dalam pertandingan perbahasan Bahasa Cina Daerah Pontian. Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :

1.      Tan Li Jun
2.      Tang Hua Bing
3.      Jolene Tee Jia Er
4.      Chua Jingle
5.      Low Jia Hui
6.      Tan Kei Ven

Lebih membanggakan seorang murid SMKB telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik perbahasan Bahasa Cina Daerah Pontian iaitu Chua Jingle .

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan



















Anugerah Guru-Guru SPM dan STPM 2016

9 April 2017: Satu majlis penganugerahan guru-guru yang memperoleh sekurang-kurangnya  1 mata gred peningkatan GPMP dalam peperiksaan SPM dan STPM telah dijalankan pada hari ahad (9 April 2017) di Dewan Baiduri, SMKB. Guru-guru ini telah diberi sijil penghargaan tanda terima kasih sekolah atas segala usaha yang ditunjukkan sehingga memperoleh kejayaan pada peperiksaan SPM dan STPM 2016. Antara guru-guru yang terlibat ialah :

SPM

1. Perdagangan (1.18)
·         Pn Siti Rahmah
·         En Fairol Hisham
2. Pengetahuan Sains Sukan (1.38)
·         En Roslan

3. Matematik Tambahan (1.64)
·         En Abd Khalil
·         Pn Siti Hajar
4. Ekonomi Asas (1.20)
·         En Fairol Hisham

5. Bahasa Melayu (1.20)
·         En Hazim
·         Cik Noormala
·         Pn Jamaliah

STPM

1. Pengajian Am (0.18)
·         Tn Hj Zaakria Md Tahir
·         Pn Fadak Bachok
·         Pn Emalina
2. Bahasa Melayu (0.72)
·         Pn Yong Rafedah @ Siti Fatimah
·         Pn Suhaila Aripin
·         Pn Norliha Masoori

3. Kesusasteraan Melayu Komunikatif (1.11)
·         En Mastura Amat
4. Sejarah (0.86)
·         Hj Rohman Sangkerah
·         En Azmani Maskak

5. Geografi (0.20)
·         Hjh Siti Murni Samsuri
6. Pengajian Perniagaan (0.93)
·         Hj Abd Razak Nasiran
·         Hjh asiah Yamin

7. Biologi (1.67)
·         Pn Misslina Jailani

Tahniah diucapkan kepada semua guru atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga memperoleh peningkatan PNGK dalam peperiksaan SPM dan STPM 2016. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan akan lebih maju jaya di masa hadapan



















Thursday, April 6, 2017

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

TARIKH: 6 APRIL 2017
MASA: 9 PAGI
TEMPAT: 4 IBNU SINA
SASARAN: PELAJAR 4 IBNU SINA DAN 4 IBNU RUSYD

PERLAKSANAAN:
UCAPAN PERASMIAN OLEH PUAN HJH ROHANI BT A. MANAF PENGETUA SMKB
PEMBACAAN SERENTAK OLEH SEMUA PELAJAR SELAMA 30 MINIT

MATLAMAT:
Membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF
1.       Mengukuhkan budaya membaca
2.       Menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang brkaitan dengan pembacaan
3.       Mengerakkan aktiviti /program galakan membaca .
4.       Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya sewaktu cuti dan juga sepanjang hayat)
5.       Menjadikan PSS sebagai tempat sumber rujukan  bahan bacaan dan memperkukuhkankan kemahiran mencari maklumat dalam dalam kalangan murid.