Tuesday, April 25, 2017

Pertandingan Scrabble Daerah Pontian


20 April 2017: Bidang Bahasa SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Scrabble (Upper Secondary) District Level Champion. Pertandingan Scrabble ini diadakan di SMK Sri Perhentian, Pontian. Dua orang wakil murid SMKB telah dibawa ke pertandingan ini iaitu Mohd Azri Anwar dan Mohd Fikri Yusof. Hasil usaha gigih guru dan peserta, kedua orang wakil murid SMKB telah menjadi juara dengan mengumpul mata sebanyak 842. Berikut adalah senarai keputusan pertandingan scrabble tersebut:

SEKOLAH
PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3
JUMLAH
SMK BENUT
254
281
307
842
SMK TELUK KERANG
268
287
237
792
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT
239
303
243
785
SMK TAN SRI OSMAN SAAD
277
220
268
765
SMK SRI KUKUP
219
263
255
737
SMK DATO MOHD YUNOS SULAIMAN
198
226
282
706
SMK SRI TANJUNG
246
230
177
653

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan MURID atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan scrabble SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.

Friday, April 21, 2017

Taklimat Khas PBPPP Oleh GPK Pentadbiran

20 April 2017: Satu taklimat khas kepada semua guru telah disampaikan oleh Pn. Roby Binti Abd. Hamid, GPK Pentadbiran SMK Benut. Dalam taklimat tersebut, Pn. Roby telah menjelaskan secara terperinci berkaitatan aspek-aspek yang akan dinilai oleh Pegawai Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai ke-2 (PP2). Beliau juga menerangkan kaedah penulisan yang betul untuk mengisi borang keberhasilan.





Thursday, April 20, 2017

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Pontian

19 April 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform  Daerah Pontian pada 19 April 2017 (Rabu). Pertandingan Kawad kaki ini diadakan di SMK Telok Kerang, Pontian. Seramai 482 orang murid beserta 33 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan ini. Terdapat beberapa kategori untuk pertandingan Kawad Kaki ini iaitu:

1)      Kadet Remaja Sekolah (Lelaki)
2)      Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
3)      Agensi Kerajaan (Go-Lelaki)
4)      Agensi Kerajaan (Go-Perempuan)
5)      Agensi Kerajaan (Ngo-Lelaki)
6)      Agensi Kerajaan (Ngo-Perempuan)

Hasil usaha gigih guru dan murid, pasukan Kadet Remaja Sekolah (Perempuan) SMK Benut telah memenangi johan kategori tersebut menewaskan SMK Dato Penggawa Barat di tempat kedua manakal SMK Sri Tanjung di tempat yang ketiga.

Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
Johan              – SMK Benut
Naib Johan      – SMK Dato Penggawa Barat
Ketiga             – SMK Sri Tanjung
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Kadet Remaja Sekolah SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan











Wednesday, April 19, 2017

Pemantauan Pelaksanaan SKPMg2 Oleh JNJK

19 April 2017: Pemantauan oleh oleh 2 orang pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), En. Basar dan En. Sulaiman telah dijalankan bagi memastikan pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2) dijalankan mengikut ketetapan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beberapa nasihat telah diberikan agar pelaksanaan SKPMg2 ini dapat dilaksanakan oleh semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP). Secara keseluruhannya beliau memuji atas inisiatif sekolah bagi memastikan maklumat yang diberikan dapat difahami oleh semua warga sekolah.  










Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian

17-19 April 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian selama tiga hari (17, 18 dan 19 (P12) April 2017). Pertandingan Bola Jaring ini diadakan di KKBN Pulai Sebatang, Pontian. Dua pasukan telah dibawa ke pertandingan ini iaitu P18 dan P15. Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan P18 telah memenangi tempat kedua (naib johan) menentang 16 wakil dari setiap sekolah di daerah Pontian. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut :

P18
Johan              – SMK Telok Kerang
Naib Johan      – SMK Benut
Ketiga             – SMK Kukup
Keempat         – SMK Dato’ Penggawa Barat



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Bola Jaring SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan













Tuesday, April 18, 2017

Pertandingan Pidato dan Syarahan Daerah Pontian

18 April 2017: Persatuan Bahasa Melayu SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan pidato dan syarahan sekolah-sekolah menengah peringkat Daerah Pontian pada hari Selasa, 18 April 2017. Seramai 16 pserta bagi setiap kategori telah mewakili sekolah masing-masing. Dua orang wakil murid SMKB telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Hasil usaha gigih guru dan murid, Smk Benut telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan syarahan Bahasa Melayu Daerah Pontian yang bdiwakili oleh Ayunie Syafiqah bt Abdul Ajis kelas 3RK. Lebih membanggakan seorang murid SMKB Ng Man Xin telah menjadi peserta tunggal bukan melayu dalam kalangan 16 peserta pidato Bahasa Melayu.


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan