Tuesday, May 9, 2017

Morning Tea Calon Perfect Score & Calon Cemerlang SPM 2017

7 Mei 2017:  Satu majlis bagi program Morning Tea calon perfect score dan calon cemerlang SPM 2017  telah diadakan pada hari ahad 7 Mei 2017 di Bilik Gerakan, SMK Benut. Program ini melibatkan beberapa orang guru dan ibubapa calon perfect score dan calon cemerlang SPM 2017. Majlis ini diadakan bermula jam 8.00 pagi – 10.00 pagi.
            Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
·         Meningkatkan prestasi calon perfect score dan cemerlang SPM
·         Memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang peranannya dalam membina peningkatan prestasi akademik anak-anak
·         Membantu ibubapa dalam memahami tahap prestasi anak-anak
·         Mendorong pelajar agar berusaha mencapai yang terbaik untuk diri mereka dan orang yang ingin melihat kejayaan mereka
·         Meningkatkan dan mengeratkan interaksi antara ibu bapa dan guru serta warga sekolah
·         Aku janji bersama ibu bapa yang disaksikan pihak pentadbir sekolah

Calon perfect score SPM 2017 ialah :
1)      NG MAN XIN
2)      LOH JIA HUI
3)      TAN LI JUN
4)      NG JIA CHUN
5)      CHUA XIN YI
6)      CHU JINGLE

Calon cemerlang SPM 2017 ialah :
1)      MUHAMMAD AZRI ANWAR AZAHAR
2)      FATIN NUR AINA RAZAMAN
3)      MUHAMAD HAZIQ AMRAN
4)      AMIRUL AMRI AMIR
5)      MASHITAH SALIMIN

Pada majlis ini juga, murid diperkenalkan dengan mentor masing-masing dalam program mentor dan mentee. Antara mentor yang telah dipilih ialah:

MENTOR
MENTEE
FOKUS MATAPELAJARAN
CIK KUMUTHAMALAR A/P VISWANATHAN
NG MAN XIN
BAHASA INGGERIS
PN SUHANI MANSOR
LOH JIA HUI
BAHASA INGGERIS
PN NOOR HIDAYAH SALAMAT
TAN LI JUN
BAHASA INGGERIS
EN MOHD LUTFI KAMRAN
NG JIA CHUN
BAHASA INGGERIS
PN HJH ROHANI ABD MANAF
CHUA XIN YI
KIMIA
EN MOHD KHAIRUL ZAINAL
CHU JINGLE
PRINSIP AKAUN
EN ABD KHALIL MOHD MASRI
MUHAMMAD AZRI ANWAR AZAHAR
MATEMATIK TAMBAHAN
PN ZAINAB ISMAIL
FATIN NUR AINA RAZAMAN
MATEMATIK TAMBAHAN
PN NORLIA SALIMIN
FATIN NUR AINA RAZAMAN
SEJARAH
EN ARIFFIN BAJURI
AMIRUL AMRI AMIR
MATEMATIK
EN ABDUL RAHMAN ZAINAL
MASHITAH SALIMIN
MATEMATIK

Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi manfaat dalam usaha meningkatkan pencapaian kualiti pendidikan.















Thursday, May 4, 2017

Latihan Dalam Perkhidmatan (PAK 21)

24 April 2017: Latihan Dalam Perkhidmatan tentang pembelajaran Abad ke 21 telah dijalankan kepada semua guru pada hari Rabu, 24 April 2017. LDP ini telah disampaikan oleh Pn. Hjh Halijah Ismaila, Penyelaras PAK 21 SMK Benut. Dalam kursus tersebut, Pn. Halijah telah menjelaskan secara terperinci berkaitan dua kaedah pembelajaran abad 21 kepada semua guru untuk dipraktikkan di dalam PDP. Beliau juga menunjukkan demonstrasi penggunanaan dua kaedah tersebut.

Kaedah yang pertama adalah penulisan pantas. Guru-guru diminta menulis di kertas mahjong tentang kelebihan dan kekurangan murid. Penulisan pantas ini hanya menggunakan jangka masa 3 hingga 5 minit untuk guru-guru menulis apa yangmereka tahu berkenaan dengan topic/soalan yang diberi. Aktiviti kedua kursus pada hari itu adalah forum. Seorang wakil daripada setiap kumpulan dipilih untuk menyertai forum tersebut. Dalam aktiviti ini, tajuk perbincangan diberikan yang mana setiap ahli akan mengemukakan pandangan dan pendapat masing-masing tentang topic yang diberi.


Secara keseluruhannya, kursus ini berjalan dengan lancer. Segala maklumat yang diberikan sangat berguna kepada semua guru SMK Benut dalam usaha meningkatkan kemahiran dalam PAK 21.

























Latihan Kebakaran SMK Benut

TARIKH : 3 April 2017 (RABU)
MASA : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi
TEMPAT : Padang, SMK Benut

 Pada 3 April yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Benut telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua warga SMK Benut terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Penerangan tentang aktiviti ini disampaikan oleh En Abd Khalil bin Mohd Masri selaku penyelaras unit kebakaran sekolah. Murid-murid kemudiannya melihat demonstrasi kebakaran sebagai pendedahan tentang cara-cara mengatasi kebakaran dengan betul.

Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SMK Benut sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

























Bola Baling MSSD Pontian


25-26 April 2017: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kejohanan Bola Baling MSSD Pontian selama dua hari (25 dan 26 April 2017). Pertandingan Bola Baling ini diadakan di SMK Kayu Ara Pasong, Pontian. Tiga pasukan telah dibawa ke pertandingan ini iaitu kategori terbuka, 2 kumpulan lelaki dan 1 murid perempuan. Hasil usaha gigih guru dan pemain, pasukan lelaki telah memenangi tempat keempat dalam pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Bola Baling SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan.














Tuesday, May 2, 2017

Majlis Doa Selamat, Perpisahan, dan Memperkenalkan Warden Perempuan Asrama SMKB

Pada tanggal 30 April 2017, sebuah Majlis Doa Selamat dan Majlis Perpisahan Warden Perempuan sekaligus memperkenalkan Warden Perempuan yang baru telah diadakan di asrama SMK Benut.  Majlis ini disertai oleh ahli jawatankuasa asrama bersama seluruh warga asrama SMK Benut.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan perpisahan Cik Kumuthamallar A/P Viswanathan yang telah berkhidmat selaku warden perempuan asrama SMKB selama 5 tahun. Selain itu, majlis meraikan kedatangan warden perempuan yang baru turut diadakan pada majlis tersebut. Warden perempuan yang baru dilantik ialah Cik Nur Hidayat binti Senen. Majlis doa selamat turut diadakan sebagai tanda kesyukuran atas segala kelancaran dalam pengurusan asrama.

Warga SMKB sangat berterima kasih kepada Cik Kumuthamalar atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang menjadi warden asrama perempuan SMKB.  Terlalu banyak jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatannya. Warga SMKB berharap kelangsungan ini dapat diteruskan oleh warden perempuan yang baru iaitu Cik Nur Hidayat. Semoga pengurusan di asrama akan lebih lancer dan Berjaya di masa akan datang.

























Bahas Bahasa Cina Peringkat Negeri


29-30 April 2017: Persatuan Bahasa Cina SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi pertandingan perbahasan Bahasa Cina peringkat Negeri mewakili Daerah Pontian pada hari Sabtu dan Ahad, 29 dan 30 April 2017. Pertandingan ini telah diadakan di Foon Yew Highschool, Kulai. Enam orang wakil murid SMKB telah mewakili sekolah dalam pertandingan ini. Hasil usaha gigih guru dan murid, Smk Benut telah memperoleh naib johan dalam pertandingan perbahasan Bahasa Cina peringkat Negeri Johor. Murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini ialah :

1.      Tan Li Jun
2.      Tang Hua Bing
3.      Jolene Tee Jia Er
4.      Chua Jingle
5.      Low Jia Hui
6.      Tan Kei Ven

Lebih membanggakan seorang murid SMKB sekali lagi telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik perbahasan Bahasa Cina Peringkat Negeri iaitu Chua Jingle . Murid-murid ini juga telah memperoleh tiket tambahan dan layak mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk lebih maju jaya di masa hadapan. Seluruh warga SMKB mendoakan kejayaan pasukan ini di Peringkat Kebangsaan kelak.