Wednesday, October 4, 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN MOTIVASI 
TINGKATAN ENAM

29-30 September : Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama Asrama Asli SMK Benut telah mengadakan sebuah program kecemerlangan motivasi pelajar-pelajar tingkatan enam bagi memberi suntikan semangat kepada pelajar sebelum menjelang peperiksaan STPM yang berbaki 34 hari lagi. Program ini telah menjemput Akademi Ikon Muda Malaysia "AIKOM" bagi menjayakan lagi program tersebut. Alhamdulilah program tersebut berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tingkatan enam, kaunselor para pentadbir. We Are The Best.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, October 2, 2017

HARI KOKURIKULUM
SMK BENUT


21 September (Khamis): Seperti tahun-tahun sudah, Hari Kemuncak Kokurikulum SMK Benut pada tahun ini telah berjalan dengan jayanya dan gilang gemilang. Hari Kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Norazita binti A. Kahar (ketua WHIP, Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Pontian merangkap Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Pontian). Antara objektif program adalah untuk menghargai kecemerlangan pelajar unit beruniform, persatuan, kelab persatuan dan guru-guru yang terlibat dalam kokurikulum sepanjang tahun 2017. Program ini juga merupakan kemuncak kokurikulum dalam mencungkil bakat pelajar melalui unit beruniform, persatuan akademik dan kelab permainan yang dianggotainya serta membuat perlantikan pengawas baharu SMK Benut 2017/2018. 

Hari kemuncak kokurikulum ini berlangsung selama sehari bermula dari jam 7:30 pagi hingga 4:30 petang. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya ialah :

·        Pameran Angkatan Tentera (7SSD)
·        Pameran Farmasi
·        Pameran Bomba dan Penyelamat
·        Jemputan Soopaa Doopa
·        Pertandingan bola sepak
·        Pertandingan bola keranjang 3v3
·        Pertandingan bola jaring
·        Ceramah kesihatan
·        Pertandingan mewarna tadika
·        Pertandingan Fotografi “#AKUSEKOLAHKU”
·        Pertandingan azan tadika
·        Pertandingan masakan pelajar dan ibubapa tajaan Adabi
·        Pertandingan Karoake








  














Sunday, October 1, 2017

Majlis Hari Terbuka Calon SPM 2017

1 Oktober 2017: Majlis Hari Terbuka Calon SPM 2017 telah diadakan di Dewan Baiduri SMKB. Semua ibu, bapa dan penjaga telah diberikan taklimat terlebih dahulu oleh Tuan Pengetua sebelum mereka berdialog dengan Guru Tingkatan dan Guru Matapelajaran.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Tuan Pengetua, beliau memaparkan TOV, AR3 (percubaan SPM) dan ETR yang perlu dicapai oleh semua calon SPM. Secara keseluruhannya beliau mengucapkan tahniah kerana sebahagian besar calon telah menunjukkan peningkatan yang memuaskan berbanding peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

Selesai taklimat ibu, bapa dan penjaga bergerak ke kaunter Guru Tingkatan untuk mengambil Slip Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM. Semua calon diwajibkan untuk bergerak sekurang-kurangnya 2 kaunter Guru Matapelajaran yang telah ditetapkan oleh Penyelaras Kecemerlangan SPM.

Antara objektif Majlis hari Terbuka ini ialah: 
  1. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan calon SPM secara dua hala antara pihak sekolah dan ibu, bapa, penjaga
  2. Memastikan semua calon SPM bersedia dengan sasaran yang perlu dicapai















Untuk gambar-gambar seterusnya sila klik DI SINI