Saturday, October 7, 2017

Latihan "Fire Drill" Asrama Asli SMKB

7 Oktober 2017: Latihan "Fire Drill" Asrama Asli SMKB telah dijalankan. Pada jam sekitar 1.45 pagi semua warga asrama dikejutkan dengan bunyi siren kecemasan, pergerakan semua penghuni mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan. Seterusnya mereka berkumpul mengikut dorm di tapak perhimpunan.

Dalam latihan ini pergerakan murid dipantu oleh 8 anggota bomba dan penyelamat Pontian. Secara keseluruhannya mereka mengucapkan tahniah kerana dapat mengosongkan bangunan tempoh kurang daripada 3 minit. Tempoh dibawah 3 minit menurut pegawai bomba berkenaan adalah tempoh yang terbaik yang pernah dikendalikan di sekitar sekolah di daerah Pontian. Program ini berakhir pada jam 2.30 pagi. Tahniah kepada semua yang terlibat. "SMKB We Are The Best".
















Motivasi Warga Asrama Dalam Menghadapi Peperiksaan

6 Oktober 2017: Satu ceramah motivasi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKB telah diadakan khusus bagi menghadapi peperiksaan terutamanya kepada calon SPM. Ceramah ini telah dikendalikan oleh Pn. Norzahidah Binti Hamzah, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKB.

Antara tips yang ditekankan dalam ceramah beliau ialah:

  • Periksa Kelengkapan Untuk Peperiksaan Sebelum Tidur Malam!
  • Tidur awal! Bertolak awal ke Dewan Peperiksaan!
  • Jangan Gemuruh.. Jangan Stress.. Relax.. Tarik Nafas Panjang-Panjang.
  • Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.
  • Bacalah Soalan dengan tertib dan hati-hati sebelum menjawab.
  • Jangan Meniru. Usaha yang terbaik.. Bertawakal pada Allah swt.

Semoga dengan adanya slot motivasi ini akan memberikan satu suntikan semangat kepada semua calon peperiksaan. SMKB We Are The Best.

Thursday, October 5, 2017

Solat Hajat Perdana PT3, SPM & STPM

4 Oktober 2017: Majlis Solat Hajat Perdana PT3, SPM dan STPM telah diadakan di Dewan Baiduri SMKB. Seramai 350 orang ibu, bapa dan penjaga telah hadir bagi menyokong program kcemerlangan sekolah ini.

Antara objektif majlis ini diadakan:
  1. Mengeratkan silaturahim dikalangan warga sekolah dan ibubapa
  2. Mengalakkan amalan berdoa dan sembahyang hajat dikalangan warga sekolah dan ibubapa
  3. Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T.
  4. Memupuk rasa cinta kepada ibadah .






MAJLIS RESTU ILMU CALON PT3 2017

5 Oktober 2017:  Satu majlis Restu Ilmu calon PT3 2017  telah diadakan pada hari Khamis 5 Oktober 2017 di Dewan Baiduri, SMK Benut. Program ini melibatkan pentadbir, kaunselor, guru-guru PT3 dan calon-calon Pentaksiran Tingkatan 3, 2017. Majlis ini diadakan bermula jam 8.00 pagi – 9.00 pagi.

          Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

·         Memohon restu ilmu yang diberikan oleh guru-guru
·         Memberi daya keyakinan kepada calon-calon PT3 sebelum menduduki  PT3 yang bakal mendatang
·         Menunjukkan bahawa kasih saying guru-guru tiada nilainya
·         Membantu para pelajar sentiasa bersemangat dan bersedia dengan masalah dan kemungkinan yang mendatang

        Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan diteruskan odengan ucapan daripada wakil pelajar PT3 yang diwakili oleh Muhamad Maliki bin Siron (3 RK). Selaku wakil bagi para pelajar PT3, Muhamad Maliki mengambil kesempatan memohon maaf dan doa daripada semua guru bagi mendapatkan keberkatan dan kejayaan dalam PT3. Majlis diteruskan pula dengan ucapan daripada Tuan Pengetua, Pn Hjh Rohani bt A. Manaf. Dalam ucapannya, Tuan Pengetua memberi amanat terakhir serta semangat kepada calon-calon PT3 dalam menghadapi pentaksiran yang akan bermula pada 9 hingga 12 Oktober 2017. Selepas itu, Pn Zainab bt Ismail meneruskan majlis pada hari itu bagi menyampaikan sedikit taklimat persedian para pelajar sebelum menduduki PT3 seterusnya penyerahan alatulis kepada guru tingkatan tingkatan 3. Majlis berakhir dengan slot meminta maaf dan restu daripada semua guru-guru.

            Majlis Restu Ilmu berakhir pada pukul 9.00 pagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga para pelajar memperoleh ketenangan dan beroleh kejayaan dalam Pentaksiran Tingkatan 3.