Tuesday, April 10, 2018

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2018


TARIKH  : 8 – 12 April  2018 (AHAD - KHAMIS)
TEMPAT : SMK Benut

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia  2018  telah diadakan dengan jayanya pada 8 April 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

1) Menggerakkan program galakkan membaca.
2) Memupuk minat membaca secara berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat )
3) Mencungkil bakat murid menjadi kreatif dan kritis
4) Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan  murid.

Kem Membaca 1 Malaysia dijalankan selama seminggu bermula dari 8 sehingga 12 April 2018. Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah dijalankan seperti :


AKTIVITI
PESERTA
SYARAT
HADIAH
SIMPULAN BAHASA
TINGKATAN 1,2 & 3
(KELAS AF, AK, AB)
-          Hantar penyertaan selewat-lewatnya pada hari Rabu
-          Pemenang dipilih melalui penghantaran paling awal dan betul semua
TEMPAT PERTAMA, KEDUA & KETIGA
TEKA SILANGKATA
TINGKATAN 1- 6
(1-3 IS,IR,IK)
(4-6 SEMUA)
-          Hantar penyertaan selewat-lewatnya pada hari Rabu
-          Pemenang dipilih melalui penghantaran paling awal dan betul semua
TEMPAT PERTAMA, KEDUA & KETIGA
ULASAN BUKU
TERBUKA
TING. 1-6
-          Terbuka untuk semua kelas mengikut tingkatan
-          Tugasan individu
-          Buat ulasan tentang buku yang telah dibaca dalam satu kertas A4 beserta tajuk buku

TEMPAT PERTAMA SETIAP TINGKATAN BESERTA SIJIL
PENANDA BUKU
TERBUKA
TING. 1-6
-          Terbuka untuk semua kelas mengikut tingkatan
-          Tugasan individu
-          Penanda buku yang paling kreatif dan mengikut tema (Tema: KM1M)
TEMPAT PERTAMA SETIAP TINGKATAN BESERTA SIJIL



Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Hadiah dan sijil disediakan untuk para pemenang Majlis pada hari itu berakhir pada pukul 8.00 pagi dan murid-murid bergerak ke kelas masing-masing.



















Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Sains dan Matematik




TARIKH : 8 April 2018 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Sains dan Matematik  2018  telah diadakan dengan jayanya pada 8 April 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1)      untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik
2)      membuka minda murid bahawa Sains dan Matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka dalam kehidupan
3)      menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik dalah matapelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda
4)      menarik minat supaya memberi lebih tumpuan semasa PdP di dalam bilik darjah

Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua dan diteruskan dengan acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel yang mana secara simboliknya merasmikan majlis pelancaran program tersebut. Majlis pelancaran pada hari itu berakhir  dengan sesi bergambar
           
            Sepanjang bulan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan bersempena dengan bulan Sains dan Matematik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan teka silangkata sains, dapur solar, pengawetan serangga, Kuiz Matematik dan Sains, Sudoku, Tangrams dan bengkel teknik menjawab Sains. Diharap semua pelajar dapat memberi komitmen dan menyertai pertandingan yang diadakan bagi mencungkil bakat dan ilmu pengetahuan dalam bidang ini.










Sunday, April 8, 2018

PENGLIBATAN DALAM PERTANDINGAN PIDATO BAHASA CINA PERINGKAT DAERAH PONTIAN


5 April 2018(Khamis): Diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut yang telah mewakili sekolah ke peringkat daerah Pontian dalam Pertandingan Pidato Bahasa Cina Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung pada hari Khamis lalu di SMK Sri Perhentian yang dibimbing oleh Puan Lau Bee Teing.

Seramai 3 orang pelajar wakil sekolah SMK Benut telah memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori menengah atas dan menengah bawah. Pelajar yang terlibat bagi kategori menengah atas ialah, Ng Yi Ting dan Tan Keh Ying. Manakala bagi kategori menengah bawah diwakili oleh Tang Hua Bing. 

Kami warga SMK Benut mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mewakili sekolah dan semoga menjadi aspirasi kepada para pelajar dalam menyerlahkan bakat yang ada.

Monday, March 26, 2018

MAJLIS PERSARAAN PUAN SAUDAH BINTI MAD AMIN "SEGUNUNG KASIH DALAM KENANGAN"


15 Mac 2018, Khamis- Jamuan persaraan telah diadakan di Sanggar Koko, SMK Benut sempena persaraan salah seorang Ahli Kumpulan Pelaksana SMK Benut, Puan Saudah bt Mad Amin selaku Pembantu Operasi SMK Benut yang telah lama memberikan khidmat sekian lama di sekolah ini. Semoga Pn Saudah sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta. Kami warga SMK Benut akan sentiasa mengingati jasa dan sumbangan Puan Saudah dan kenangan terindah akan sentiasa tersemat dalam sanubari kami disini. Terima kasih Puan Saudah, kami akan merinduimu selalu,  























MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH "PERSARAAN PENGETUA"


Rasional

Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diri kehidupan seseorang penjawat awam terutama bagi seorang pengetua yang berdedikasi seperti PUAN HAJAH ROHANI BINTI A.MANAF. Oleh yang demikian sebagai tanda menghargai jasa serta sumbangannya, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih bagi meraikan persaraan beliau.

Matlamat 

Melahirkan semangat kerjasama serta menyemai perasaan 
penghargaan dan kasih sayang antara persara dengan warga SMK BENUT

Objektif
  • Menyanjung budi dan mengenang jasa Puan Pengetua yang bersara dalam perkhidmatan.
  • Mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga SMKB
  • Memberi lambaian terakhir kepada Puan Pengetua yang bersara pada hari terakhir perkhidmatan beliau.















































Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017


TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis)
MASA : 10.30 pagi hingga 1.00 ptg
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah diadakan pada hari Khamis, 15 Mac 2018. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Dewan Baiduri SMKB. Keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan dari segi GPS sekolah iaitu daripada 5.18 (2016) kepada 5.02 (2017) dengan peratus kelulusan 87.08%. Seramai 3 orang murid  telah mendapat keputusan perfect score iaitu :


1)      Ng Man Xin                -           8A+, 1A, 1A-
2)      Chua Jingle                 -           7A+, 3A                                 
3)      Md Azri Anwar          -           4A+, 4A, 1A-                         


Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Benut atas segala usaha yang ditunjukkan dalam pencapaian SPM 2017. Jutaan terima kasih buat semua guru yang telah menunjukkan kesungguhan dalam mendidik dan dibantu dengan usaha gigih murid-murid tingkatan 5 tahun 2017. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.