10 April 2018, Selasa. SMK Benut telah menghantar wakil dalam menyertai Pertandingan Pidato dan Syarahan Peringkat Daerah Pontian Pelajar kita telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Diucapkan terima kasih kepada guru pengiring Puan Jamaliah Binti Abd Rahim dan Puan Nur Hayati Binti Bachok dalam melahirkan anak didik yang mempunyai bakat yang terpendam sehingga menggapai kejayaan.
Monday, April 16, 2018
PERKHEMAHAN UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR
13 April 2018: Seramai tiga orang pelajar SMK Benut telah menyertai Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja 2018 Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 13-15 April 2018. Diucapkan tahniah dan syabas kepada mereka atas kelulusan ujian penarafan tersebut dan kepada guru pengiring iaitu Encik Mohd Khairul bin Zainal atas usaha dalam mengasah bakat pelajar dalam unit beruniform Pengakap SMK Benut.
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA CINA PERSATUAN HOKKIEN DAERAH PONTIAN
14 April 2018, Seramai lima orang pelajar cina SMK Benut telah menyertai pertandingan bahas Bahasa Cina anjuran Persatuan Hokkien Daerah Pontian, SMK Benut telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut daripada penglibatan 8 buah sekolah dari daerah Pontian. Diucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar serta guru pengiring diatas kemenangan ini. Kami warga SMK Benut berasa bangga kerana mempunyai pelajar yang berbakat lagi berwawasan.
Pelajar yang terlibat ialah:
Tang Hua Bing 5 IS
Ng Chia Pei 5 IS
Ng Yi Tin 2 IR
Tan Tue Ling 1 IS
Chua Cheng Wei 5 IR
PERKHEMAHAN TAHUNAN PKBM (DARAT) PERINGKAT NEGERI JOHOR DI LAPANG SASAR KEM BATU 3, KLUANG
8- 12 April 2018. Seramai 20 orang pelajar SMK BENUT telah mewakili sekolah bagi daerah Pontian dalam menyertai kem tahunan PKBM yang dianjurkan oleh 7 Briged Tentera Darat Malaysia iaitu Perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) Peringkat Negeri selama lima hari dari 8 hingga 12 Apr 2018 di Lapang Sasar Kem Batu 3 Kluang.
Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato Mohd Hassan Loman diiringi wakil dari Pejabat Pendidikan Negeri Johor.
Perkhemahan ini melibatkan empat komponen utama iaitu Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Baca Peta, Pertandingan Menembak dan Pertandingan Merentas Halangan.
Panglima 7 Briged dalam ucapan penutupnya telah menekankan tentang betapa pentingnya modal insan pelapis-pelapis baru yang akan menjadi pemimpin negara di masa hadapan, dan beliau juga turut merakamkan jutaan apresiasi kepada Jabatan Pendidikan Negeri atas kerjasama yang begitu baik dalam membantu formasi 7 Briged dalam penganjuran Perkhemahan PKBM tahun ini.
Kesimpulannya, aktiviti yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak telah meningkatkan daya keyakinan di kalangan para pelajar disamping meningkatkan semangat cintakan negara. Tahniah kepada pelajar SMK Benut kerana telah memperoleh kejayaan dalam mengikut serta dalam kem tahunan ini, semoga ilmu yang telah didedahkan dapat meningkatkan keyakinan diri dan motivasi dalam mengukuhkan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek kelak,
Tuesday, April 10, 2018
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2018
TARIKH : 8 – 12 April 2018
(AHAD - KHAMIS)
TEMPAT : SMK Benut
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2018 telah diadakan dengan jayanya pada
8 April 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) Menggerakkan program galakkan membaca.
2) Memupuk
minat membaca secara berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang
hayat )
3) Mencungkil
bakat murid menjadi kreatif dan kritis
4) Menjadikan PSS sebagai
tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam
kalangan murid.
Kem Membaca 1 Malaysia dijalankan selama seminggu bermula dari 8
sehingga 12 April 2018. Sepanjang minggu ini, beberapa pertandingan telah
dijalankan seperti :
|
AKTIVITI
|
PESERTA
|
SYARAT
|
HADIAH
|
|
SIMPULAN BAHASA
|
TINGKATAN 1,2 & 3
(KELAS AF, AK, AB)
|
-
Hantar penyertaan selewat-lewatnya pada hari Rabu
-
Pemenang dipilih melalui penghantaran paling
awal dan betul semua
|
TEMPAT PERTAMA, KEDUA & KETIGA
|
|
TEKA SILANGKATA
|
TINGKATAN 1- 6
(1-3 IS,IR,IK)
(4-6 SEMUA)
|
-
Hantar penyertaan selewat-lewatnya pada hari
Rabu
-
Pemenang dipilih melalui penghantaran paling
awal dan betul semua
|
TEMPAT PERTAMA, KEDUA & KETIGA
|
|
ULASAN BUKU
|
TERBUKA
TING. 1-6
|
-
Terbuka untuk semua kelas mengikut tingkatan
-
Tugasan individu
-
Buat ulasan tentang buku yang telah dibaca
dalam satu kertas A4 beserta tajuk buku
|
TEMPAT PERTAMA SETIAP TINGKATAN BESERTA
SIJIL
|
|
PENANDA
BUKU
|
TERBUKA
TING. 1-6
|
-
Terbuka untuk semua kelas mengikut tingkatan
-
Tugasan individu
-
Penanda buku yang paling kreatif dan mengikut
tema (Tema: KM1M)
|
TEMPAT PERTAMA SETIAP TINGKATAN BESERTA
SIJIL
|
Semua murid digalakkan untuk terlibat dengan
pertandingan-pertandingan yang dijalankan. Hadiah dan sijil disediakan untuk
para pemenang Majlis pada hari itu berakhir pada pukul 8.00 pagi dan
murid-murid bergerak ke kelas masing-masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Sains dan Matematik
TARIKH : 8 April 2018 (AHAD)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00
pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK
Benut
Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Sains dan Matematik 2018 telah diadakan dengan jayanya pada
8 April 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
1) untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan
Matematik
2) membuka minda murid bahawa Sains dan Matematik adalah fenomena
yang berlaku di sekeliling mereka dalam kehidupan
3) menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik dalah matapelajaran
yang menyeronokkan di samping mencabar minda
4) menarik minat supaya memberi lebih tumpuan semasa PdP di dalam
bilik darjah
Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua dan diteruskan dengan
acara pemotongan riben oleh Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel yang mana
secara simboliknya merasmikan majlis pelancaran program tersebut. Majlis
pelancaran pada hari itu berakhir dengan
sesi bergambar
Sepanjang bulan ini, terdapat
pelbagai aktiviti yang dijalankan bersempena dengan bulan Sains dan Matematik. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan teka silangkata sains, dapur solar,
pengawetan serangga, Kuiz Matematik dan Sains, Sudoku, Tangrams dan bengkel
teknik menjawab Sains. Diharap semua pelajar dapat memberi komitmen dan
menyertai pertandingan yang diadakan bagi mencungkil bakat dan ilmu pengetahuan
dalam bidang ini.
Sunday, April 8, 2018
PENGLIBATAN DALAM PERTANDINGAN PIDATO BAHASA CINA PERINGKAT DAERAH PONTIAN
5 April 2018(Khamis): Diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut yang telah mewakili sekolah ke peringkat daerah Pontian dalam Pertandingan Pidato Bahasa Cina Peringkat Daerah Pontian yang berlangsung pada hari Khamis lalu di SMK Sri Perhentian yang dibimbing oleh Puan Lau Bee Teing.
Seramai 3 orang pelajar wakil sekolah SMK Benut telah memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori menengah atas dan menengah bawah. Pelajar yang terlibat bagi kategori menengah atas ialah, Ng Yi Ting dan Tan Keh Ying. Manakala bagi kategori menengah bawah diwakili oleh Tang Hua Bing.
Kami warga SMK Benut mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mewakili sekolah dan semoga menjadi aspirasi kepada para pelajar dalam menyerlahkan bakat yang ada.






































