Saturday, May 4, 2019

MAJLIS PERSARAAN AKP SMK BENUT

Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)
Masa : 2.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, SMK Benut
Tema Pakaian : " Yellow "


Majlis persaraan dua orang AKP SMK BENUT iaitu En Ibrahim bin Samani dan En Amat Nordin Bin Ibrahim selaku Pembantu Operasi di SMK Benut telah disambut meriah baru-baru ini di Dewan Baiduri SMK Benut. 

Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh para guru SMK Benut dan para AKP yang lain. Dalam majlis tersebut, kedua-dua pembantu operasi yang bersara ini diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebagai amanat terakhir sebelum meninggalkan dunia pekerjaan. Majlis tambah berseri nyanyian oleh wakil AKP dan wakil guru yang begitu menghiburkan hati serta penyampaian hadiah kepada kedua-dua AKP tersebut. 






 

 

 



 




















SAMBUTAN HARI GURU SMK BENUT TAHUN 2019

Tarikh : 29 April 2019 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Baiduri, SMK Benut
Tema Hari Guru 2019 : “Guru Pembina Negara Bangsa”
Tema Pakaian : " Pakaian Orang Lama/ / Zaman Dahulu "


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan penuh meriah. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan para guru yang telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan ilmu demi mendidik anak bangsa. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah " GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI ". Majlis ini telah diterajui oleh semua guru dan AKP sekolah. Sempena sambutan hari guru ini pelbagai acara menarik telah dirancang untuk merai dan menghargai warga pendidik SMK Benut. 



 



 




 


 
 

 
 







 

Tuesday, April 23, 2019

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit


TARIKH  : 23 April  2019 (SELASA)
TEMPAT : SMK Benut

Program Jom Membaca Bersama 10 minit telah diadakan dengan jayanya pada 23 April 2019 dengan kerjasama daripada semua warga sekolah SMK Benut. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

1) Menggerakkan program galakkan membaca.
2) Memupuk minat membaca secara berterusan. (khasnya semasa waktu cuti dan juga sepanjang hayat )
3) Mencungkil bakat murid menjadi kreatif dan kritis

            Semua murid dan guru telah sama-sama menjayakan program ini sebagai kempen nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti membaca dalam keadaan yang menyeronokkan walau di mana mereka berada. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.


















Sunday, April 21, 2019

Program Ihya' Ramadhan SMK Benut 2019




TARIKH : 17 April 2019 (Rabu)
MASA : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Baiduri, SMK Benut

Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Sekolah 2019  telah diadakan dengan jayanya pada 17 April 2019 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :

·         Melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi, jasmani, intelek dan sosial selaras dengan Falsaf Pendidikan Kebangsaan;
·         Melahirkan murid yang berketrampilan dan mempuanyai disiplin yang tinggi
·         Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal

Antara pengisisna yang akan dijalankan sepangjang program ini berlangsung ialah tadarus Al-Quran, solat Dhuha, ceramah, iftar jamaie, khtam Al-Quran, Infak Ramadhan, Buletin Ramadhan, Anugerah Khas Guru, dan Anugerah Sahsiah Diri.

         Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan s
upaya murid-murid dapat mengambil peluang untuk menghayati dan mengamalkan segala amalan wajib dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.



    

Tuesday, April 16, 2019

Kejohanan Sirkit Remaja Johor 1 Tahun 2019




Pada 12 dan 13 April 2019 telah berlangsung “Kejohanan Sirkit Remaja Johor Siri 1 Tahun 2019” bagi permainan Petanque yang diadakan di Laman Petanque Institut Pendidikan Guru Kolej Tun Hussien Onn (IPGKTHO) Batu Pahat.
Terdapat 10 daerah iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Muar, Pontian, Segamat dan Tangkak dengan 120 orang atlet dan 30 orang pegawai. Kontinjen Daerah Pontian terdiri daripada 12 orang atlet dan 3 orang pegawai yang semuanya dari SMK Benut. Berikut adalah keputusan yang melibatkan kontinjen daerah Pontian:

Emas


SINGLE (L)
1
MUHAMMAD ZARITH ZAKUAN BIN ZAINAL
DOUBLE (L)
1
MUHAMMAD ADAM BIN AZMI
2
MUHAMAD ALIF FERHAD BIN MOHD ARIES


Perak


TRIPLE (L)
1
MUHAMMAD ABDAIE BIN M. JUNAIDI
2
MUHAMMAD IMAN HAKIMI BIN NOORDIN
3
MUHAMMAD SYAMIR ZIKRY BIN MAHDIR
SINGLE (W)
1
NUR AYUNI BINTI BACHOK
DOUBLE (W)
1
NUR ADEEBA NATASHA BINTI RAZAK
2
SITI ZULIKA BINTI ZAINAL ABIDIN
TRIPLE (W)
1
AYUNI BATRISYIA BINTI LOQMAN
2
NURUL ANIS BINTI HASSAN
3
SITI NORDIANA BINTI ZAINAL ABIDIN

Sunday, April 14, 2019

Kem Tahunan PKBM Peringkat Negeri Johor


10-13 April 2019: Unit PKBM SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Kem Tahunan PKBM  Peringkat Negeri Johor selama empat hari (10-13 April 2019). Kem ini diadakan di Kem Batu 3/5 Melayu, Jalan Mersing. Seramai 29 murid bersama 6 orang guru pengiring mengikuti kem kali ini. Hasil usaha gigih guru dan peserta, pasukan SMKB telah memenangi beberapa kategori dalam kem tersebut iaitu:

·         No 2 kawat kaki senjata
·         No 3 keseluruhan rempuh halangan
·         No 8 keseluruhan pandu arah
·         No 8 keseluruhan menembak

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini akan berterusan di masa hadapan.















Sunday, April 7, 2019

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian




13 Mac 2019: Persatuan Pendidikan Islam SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian pada hari Rabu 13 Mac 2019. Pertandingan ini diadakan di SMK Maahad Pontian. Hasil usaha gigih guru dan peserta, SMK Benut telah memenangi johan hafazan yang seterusnya akan mewakili daerah ke peringkat negeri melalui peserta dari tingkatan 5 Al-Imtiyaz iiatu Muhammad Safiruddin bin Adenan.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan peserta  atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga kejayaan ini akan berterusan  di masa hadapan.