7 Mac 2009 – Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Lebih 500 orang ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dimulakan pada 9.00 pagi.
Tuan Haji Abd Rahman Bin Juli, Ketua Sektor Pengurusan Khidmat dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Johor Bahru telah sudi merasmikan mesyuarat PIBG tersebut.
Mesyuarat PIBG ini juga telah melantik Jawatankuasa 2009-2010 yang baru. Mesyuarat telah sebulat suara melantik Encik Aros Bin Ibrahim sebagai Yang DiPertua PIBG yang baru manakala Encik Zulkifli Bin Tumbi sebagai Naib Yang DiPertua. Seramai 6 orang dilantik Ahli Jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa iaitu Encik Lukman Bin Haji Muhammad, Encik Mahmod Bin Abdul Samad, Encik Abdul Rahim Bin Laberahima, EncikChua dan Puan Farizah. Manakala 6 orang lagi dalam kalangan guru akan dilantik oleh pihak pentadbir SMK Benut dan akan diumumkan kemudian.
Warga SMK Benut merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah hadir dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG 2009-2010 yang dilantik dan selamat menjalankan tanggungjawab bagi kecemerlangan para pelajar SMK Benut. Insyaallah.
6 Mac 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan salam perpisahan kepada Puan Hadijah Binti Misran kerana permohonan perpindahan telah diterima. Beliau akan bertugas di sekolah baru iaitu SMK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor.
Dikesempatan ini, saya merakamkan terima kasih kepada semua warga SMK Benut dan para pelajar semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, halalkan makan dan minum serta tunjuk ajar kalian buat saya. Pengalaman dan kenangan yang dikongsi bersama tidak akan dilupakan, doakan kebahagiaan saya dan kejayaaan saya. SMK Benut tetap dalam kenangan yangg abadi dan sentiasa mekar dihatiku. I love u all so much forever and ever. Muah …maaf zahir dan batin …SMK Benut gemilang 2009.
Warga SMK Benut merakam terima kasih atas bakti dan sumbangan yang diberikan sepanjang beliau berkhidmat di SMK Benut pada 16 September 2003. Semoga di tempat yang baru dapat bertugas dengan lebih cemerlang bermula 10 Mac 2009. Insyaallah.
23 Februari 2009 - Pelancaran Bulan Penghayatan Sains, Matematik, dan ICTL 2009 telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut pada perhimpunan pagi ini.
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang bulan Februari hingga Mac. Antaranya pertandingan pelancaran roket, rekabentuk kereta solar, kuiz Sains dan Matematik, explorace science dan matematik, melukis carta dan buku skrap, membuat 'portable cooking' dan crossword puzzle' dan banyak lagi. Diharap para pelajar SMK Benut turut serta dalam semua aktiviti yang diadakan.
14 Februari 2009 – Kem Jatidiri dan Kecemerlangan SPM 2009 di bawah Program Kecemerlangan Ilmu dan Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama SMK Benut telah diadakan di Dewan SMK Benut selama dua hari dan satu malam bermula pada hari Sabtu, 14 Februari 2009 dan berakhir petang hari Ahad, 15 Februari 2009. Seramai 132 orang pelajar telah menyertai program ini.
Matlamat program ini diadakan untuk merangsang minda dan pemikiran, membangkitkan azam, tekad dan iltizam bagi mengukuhkan daya juang, tanggungjawab serta membina keyakinan diri serta membantu pelajar meneroka potensi diri untuk kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Amran Bin Mohd Ariffin, Ketua Unit Bahagian Teknologi Maklumat, YPM. Beliau mengharapkan program yang diatur dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan seterusnya mengharapkan para peserta kursus mendapatkan input yang banyak dan menggunakannya dalam pelajaran.
Program ini diketuai oleh Encik Ismail Bin Ali selaku ketua Fasilitator dengan dibantu oleh 21 orang fasilitator. Pelbagai program diadakan seperti Ice Breaking, Motivasi Akhlak Cemerlang, Bahtera Kasih, Bekalan Pelajar Cemerlang, Kembara Pelajar Cemerlang, Eksplorace Jati Diri dan Kecemerlangan dan Refleksi Kendiri. Tetamu khas turut sudi menjayakan program ini iaitu ustaz Akhwan Bin Affandi dan ustaz Mohamad Asri Bin Ibrahim (bekas vokalis Rabbani).
12 Februari 2009 – Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34 telah berjaya diadakan dalam keadaan sederhana walaupun meriah dengan semangat kesukanan antara para pelajar yang mewakili rumah sukan iaitu Temenggong, Laksamana, Panglima dan Bendahara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut bermula jam 9.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan Perbarisan Lintas Lalu Pasukan Unit Beruniform dan Rumah Sukan. Antara Unit Uniform yang terlibat iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengakap, PBSMM, PKBM, dan Puteri Islam. Manakala Rumah Sukan dengan tema alam flora, iaitu Temenggong, Laksamana, Bendahara dan Panglima.
Antara acara-acara kejohanan olahraga yang diadakan, iaitu lari 100 meter, 800 meter dan 4 x 100 meter bagi semua kategori lelaki dan perempuan.
Tahniah kepada rumah sukan Temenggong yang berjaya menjuarai Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34. Rumah Sukan Temenggong telah berjaya mendapat Johan bagi acara Sukantara, Hiasan Rumah dan Perbarisan Lintas Lalu. Encik Mohd Akmal Bin Khalid selaku Ketua Penasihat Rumah Sukan mengucapkan terima kasih kepada semua atlet, ahli rumah dan guru-guru penasihat yang banyak memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam Kejohanan Olahraga ini.
Keputusan Rasmi Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali ke-34 Tahun 2009
Rumah Sukan
Merentas Desa
Sukantara
Pra Kejohanan
Kejohanan
Hiasan Rumah
Perbarisan
Jumlah Keseluruhan
Temenggong
30
40
30
40
40
40
220
Laksamana
25
20
40
30
30
25
170
Panglima
40
30
25
20
20
30
165
Bendahara
20
25
20
25
25
20
135
Keputusan Rasmi Pertandingan Lain
Nombor
Uniform (Perbarisan)
Rumah Sukan (Perbarisan)
Hiasan Rumah (Rumah Sukan)
Pertama
KRS
Temenggong
Temenggong
Kedua
Kadet Polis
Panglima
Laksamana
Ketiga
Pengakap
Laksamana
Bendahara
Keempat
PBSMM
Bendahara
Panglima
Keputusan Rasmi Pemenang Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Benut Kali Ke-34