Thursday, November 18, 2010

Tahniah Pelajar Zero Ponteng 2010


12 November 2010
– Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada para pelajar Zero Ponteng (kehadiran penuh ke sekolah) telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut di perhimpunan khas pada hari ini. Majlis ini merupakan penghargaan dan tahniah kepada para pelajar yang berjaya hadir penuh ke sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengenal pasti pelajar yang berjaya hadir penuh ke sekolah. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Pra Universiti.

Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pelajar tersebut. Penghargaan ini membuktikan satu pengiktirafan kepada pelajar yang hadir penuh ke sekolah tanpa masalah disiplin.

Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan tahniah. Teruskan disiplin dan kecemerlangan anda.




















Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


10 November 2010 – Promosi memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah Berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia kepada para Guru Besar, Pengetua dan Penyelaras SKPM Zon Benut. SMK Benut diberikan tanggungjawab oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pontian untuk menyediakan tempat untuk menjayakan promosi ini.

SMK Benut telah menyertai promosi ini dengan dihadiri Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua), Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Satu) dan Encik Mohd Firdaus bin Ngamar (Penyelaras SKPM). Promosi ini bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

 






Taklimat Zero Disiplin 2011



10 November 2010
– Taklimat Zero Disiplin telah berjaya diadakan pada hari ini kepada para pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam perjumpaan khas oleh Majlis Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Badan Disiplin SMK Benut. Para pelajar lelaki telah diberikan taklimat oleh Encik Roslan Bin Idris di dataran SMK Benut manakala pelajar perempuan telah diberikan taklimat oleh Puan Hajah Halijah Binti Ismaila di Dewan Baiduri, SMK Benut.

Taklimat ini diadakan kepada para pelajar dengan bertujuan tidak mengulangi segala masalah disiplin yang telah dilakukan sepanjang tahun 2010 dibawa ke tahun 2011 nanti. Harapan diperlukan kepada para pelajar tahun 2011 nanti tidak menimbulkan banyak masalah disiplin malah meningkatkan disiplin diri dan seterusnya memastikan kecemerlangan dalam sahsiah diri.

















Gotong-Royong Bersih Kelas


10 November 2010
– Program kerjasama antara pelajar dalam menceriakan kelas telah dimulakan pada hari ini. Program ini bagi memastikan kebersihan kelas menjadi lebih baik dan kelihatan bersih serta suasana persekitaran dalam kelas yang ceria dan seterusnya memberikan semangat untuk para pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

Program ini merupakan program rutin para pelajar dalam memastikan kebersihan kelas. Di samping itu, bagi memastikan kelas bersih dan selamat. Selain itu, bagi memastikan kejayaan CEMERLANG SMK Benut dalam penilaian yang akan diadili oleh Panel Hakim dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian bagi kategori Sekolah Menengah Parlimen Pontian.