Wednesday, April 25, 2018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017




24 April 2018: Satu majlis penganugerahan guru-guru cemerlang dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 telah dijalankan pada hari Selasa (24 April 2018) di Dewan Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Guru-guru ini telah diberi sijil simpanan premium berjumlah RM1000 tanda penghargaan atas kecemerlangan dan usaha gigih yang ditunjukkan. Antara guru-guru yang dianugerahkan APC pada tahun 2017 ialah :


1.      Cik Kumuthamallar A/P Viswanathan
2.      Mohd Lutfi bin Mohd Kamran
3.      Pn Hafizah bt Abdullah
4.      Pn Halijah bt Ismaila
5.      Pn Norlia bt Salimin
6.      Pn Roby bt Abd Hamid
7.      Hj Saparudin bin Lahasan
8.      Samsul Fahmi bin Ibrahim


Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah dianugerahkan APC bagi tahun 2017. Semoga usaha ini dapat diteruskan dan akan menjadi pemangkin serta dorongan kepada semua guru dan kakitangan sokongan SMKB untuk lebih maju jaya di masa hadapan




















Monday, April 23, 2018



Mari Bersama-Sama Kami Mencipta Kecemerlangan Anda

DAFTAR KEMASUKAN PADA 02 MEI 2018



CARA MEMYEMAK STATUS TAWARAN KE TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN

Hantarkan Mesej  ke

MOE<jarak>T6<jarak>NoKP hantar ke 15888
CONTOH 1 : MOE T6 980802009898

ATAU

MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran hantar ke 15888
CONTOH 2 : MOE T6 JD17a14678

RAYUAN UMUM UNTUK MEMASUKI KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2018

1. Calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Tahun 2018 boleh memuat turun borang T6BRU mulai 16 April 2018 - 24 Mei 2018.

2. Umur calon adalah seperti yang ditetapkan dalam syarat am.

3. Semua rayuan  yang diterima lewat daripada 24 Mei 2018 tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM

Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DISINI

Tahniah Pasukan Kadet Remaja Sekolah!




19 April 2018: Unit Sukan SMKB telah berjaya menghantar wakil peserta bagi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform  Daerah Pontian pada 19 April 2018 (Khamis). Seramai 482 orang murid beserta 33 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan ini. Terdapat beberapa kategori untuk pertandingan Kawad Kaki ini iaitu:

1)      Kadet Remaja Sekolah (Lelaki)
2)      Kadet Remaja Sekolah (Perempuan)
3)      Agensi Kerajaan (Go-Lelaki)
4)      Agensi Kerajaan (Go-Perempuan)
5)      Agensi Kerajaan (Ngo-Lelaki)
6)      Agensi Kerajaan (Ngo-Perempuan)


Hasil usaha gigih guru dan murid, pasukan Kadet Remaja Sekolah (Perempuan) SMK Benut telah memenangi johan kategori tersebut menewaskan pasukan lain yang telah menyertai.



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pemain atas usaha gigih yang ditunjukkan hingga membuahkan kejayaan kepada sekolah. Semoga pasukan Kadet Remaja Sekolah SMKB akan lebih maju jaya di masa hadapan

PEMENANG KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018


TARIKH  : 8 – 12 April  2018 (AHAD - KHAMIS)
TEMPAT : SMK Benut

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia  2018  telah diadakan dengan jayanya pada 8 April 2018 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis ini telah berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.


      Pemenang bagi pertandingan KM1M pada tahun ini ialah :

PERTANDINGAN
PEMENANG
KELAS
SIMPULAN BAHASA
TINGKATAN 1
1.       NOOR AMIRIANA ANISSA BT AMIR
2.       AINA FIRZANAH BT ROSMAN
3.       TEE YIN FEI

TINGKATAN 2
1.       MUHAMMAD HAZIQ BIN BORHANUDIN
2.       PUTRA ZAINAL BIN ARIFIN
3.       NUR AINA UMAIRAH BT KHAIROL HIZAM

TINGKATAN 3
1.       NUR AYUNI BT BACHOK
2.       NUR IRDINA BT SULAIMAN

TINGKATAN 4
1.       NUR ALYAA NATASHA BT SA’ADON
2.       LYDIA SUHADA BT DAHLAN
3.       MUHAMAD MALIKI BIN SIRON

TINGKATAN 5
1.       NYLEA AZIRA
2.       NURAMIRA FARHAN BT MOHD ARIS
3.       NOR ELLYA NATASHA BT ABU BAKAR

1 IS
1 IS
1 IS


2 IK
2 IK
2 IS


3 IR
3 IR


4 IR
4 IR
4 IS


5 IR
5 IR
5 IR

TEKA SILANG-KATA
TINGKATAN 3
1.       NURUL IZZAH AQILAH BT OMAR
2.       MUHAMMAD ARIF BIN MOHD DON


3 IS
3 IS

ULASAN BUKU
PERTAMA
NOOR AMIRIANA ANISSA BT AMIR

KEDUA
LOW WEI JIE

KETIGA
CHIANG XUE JING

1 IS


1 IS


1 IR














Thursday, April 19, 2018

PENYERTAAN PELAJAR SMK BENUT KE MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)


19 April 2018, Khamis. Diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut iaitu MOHAMAD HAIZAN BIN IDRIS yang telah mewakili MSSJ ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) dalam acara 10,000 meter jalan kaki kategori lelaki yang diadakan di Selangor pada 23 April ini. Pelajar ini telah menjalani kem latihan pusat bertempat di Sekolah Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar. 

Semoga kejayaan menjadi milik Johor serta mengharumkan nama SMK Benut dalam menggorak langkah menggenggam obor dalam menjadi juara dan  atlet yang berjaya. Penglibatan Mohamad Haizan menjadi "role model" kepada pelajar SMK Benut dan menjadi penggalak kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang sukan.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa, pembangunan sukan di peringkat daerah melalui MSSD, peringkat negeri melalui MSSJ dan MSSM di peringkat kebangsaan telah melahirkan atlet muda yang berjaya dalam mengharumkan nama negara di persada antarabangsa kelak.  Semoga MOHAMAD HAIZAN terus maju dalam menggorak kejayaan dan menjadi seorang yang berwawasan dan berjaya dalam bidang sukan yang diceburi.

WE ARE THE BEST!!!!!


Monday, April 16, 2018

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT DAERAH PONTIAN


10 April 2018, Selasa. SMK Benut telah menghantar wakil dalam menyertai Pertandingan Pidato dan Syarahan Peringkat Daerah Pontian  Pelajar kita telah memenangi Naib Johan  dalam pertandingan tersebut. Diucapkan terima kasih kepada guru pengiring Puan Jamaliah Binti Abd Rahim dan Puan Nur Hayati Binti Bachok dalam melahirkan anak didik yang mempunyai bakat yang terpendam sehingga menggapai kejayaan.



PERKHEMAHAN UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR




13 April 2018: Seramai tiga orang pelajar SMK Benut telah menyertai Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja 2018 Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 13-15 April 2018. Diucapkan tahniah dan syabas kepada mereka atas kelulusan ujian penarafan tersebut dan kepada guru pengiring iaitu Encik Mohd Khairul bin Zainal atas usaha dalam mengasah bakat pelajar dalam unit beruniform Pengakap  SMK Benut.