Tuesday, March 24, 2009

10 Perkara Perlu dilakukan pada waktu Earth Hour




Earth Hour kini diraikan di seluruh dunia dengan banyak bandaraya mengambil bahagian dalam menjayakan Earth Hour demi mengurangkan masalah pemanasan global. Bandaraya-bandaraya seperti Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Canberra, Chicago, Toronto, Copenhagen, Christchurch, Manila, Suva dan Kuala Lumpur antara bandaraya-bandaraya yang menyokong Earth Hour mengambil bahagian.

Ini adalah satu acara global dan semua negara malah semua warga dunia dialu-alukan untuk menyertai Earth Hour. Setiap orang boleh mengambil bahagian dengan memadamkan lampu selama satu jam bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam pada 28 Mac ini.

Earth Hour juga mengenai langkah-langkah mudah yang perlu dilaksanakan setiap hari dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran dan pembebasan gas karbon dioksida- daripada permis perniagaan yang memadamkan lampu ketika pejabat mereka kosong dan kepada surirumah yang memadamkan apa juga alat-alat dapur daripada membiarkan ia terus terpasang tanpa digunakan.

Berikut adalah 10 langkah-langkah mudah dalam usaha mengurangkan pembebasan gas di Rumah Hijau anda :

1. Berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk perkelahan waktu malam.

2. Makan malam dengan disinari cahaya lilin disalah satu restoran yang mengambil

bahagian dalam Earth Hour.

3. Menganjurkan permainan `board Games' di waktu malam bersama keluarga.

4. Mengadakan Parti jalanan Earth Hour bersama jiran tertangga.

5. Mengadakan parti di rumah dengan mengunakan lampu suluh.

6. Membawa haiwan peliharaan anda (anjing, kucing) berjalan-jalan di waktu malam.

7. Menulis surat kepada yang tersayang dengan bercahayakan tanglung.

8. Duduk di dalam gelap sambil berkongsi cerita.

9. Membaca buku dengan menggunakan lampu suluh kecil.

10. Kongsi malam romantik anda dengan yang dikasihi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Earth Hour, susuri laman web www.earthhour.org/malaysia.dan

Daftarlah segera.

No comments: