Thursday, March 26, 2009

Kursus Profesionalisme SMK Benut


26 Mac 2009 – Seramai lebih 70 orang warga pendidik SMK Benut telah berjaya mengikuti Kursus Profesionalisme Kali Pertama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Guru SMK Benut. Kursus ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.


Tujuan kursus ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan teknik menyediakan Kajian Tindakan yang perlu dibuat oleh semua guru SMK Benut. Kursus ini telah diberikan oleh Puan Hajah Azniza Binti Zakaria dan Puan Halijah Binti Ismaila. Mereka merupakan Jurulatih Utama Kajian Tindakan di Sekolah-sekolah Daerah Pontian dan merupakan juga guru SMK Benut.

Encik Aw Koh Sai (Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik, SMK Benut) memaklumkan kepada semua guru SMK Benut perlu menghantar tajuk Kajian Tindakan pada hari Isnin, 30 Mac 2009 manakala Kertas Kerja Kajian Tindakan yang lengkap perlu dihantar sebelum atau pada hari Selasa, 7 April 2009.

Makluman kepada semua guru SMK Benut, Kursus Profesionalisme Kali Kedua akan diadakan pada 30 Mac 2009 pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Guru, SMK Benut.




gmbr1.jpg



gmbr2.jpg



gmbr3.jpg



gmbr4.jpg



gmbr5.jpg



gmbr6.jpg



gmbr7.jpg



gmbr8.jpg





No comments: