Friday, March 25, 2011

Kusus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Pertama



24 Mac 2011 – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siri Pertama telah berjaya diadakan kepada semua guru SMK Benut di Bilik Mesyuarat Guru bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pihak pengurusan dan pentadbiran SMK Benut telah mengundang penceramah, iaitu Tuan Haji Ismail Bin Rosdi (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian).

Mengurus Kejayaan di Sekolah merupakan tajuk yang bertepatan dengan iklim sekolah dan peningkatan akademik telah diberikan secara jelas oleh Tuan Penceramah. Beliau turut memberikan panduan dan penjelasan berkaitan tanggapan tentang kejayaan kunci kejayaan dalam perhubungan manusia. Dengan mengambil pendekatan daripada tokoh Napoleon yang menyatakan terdapat 12 tangga kejayaan turut dijelaskan dalam kursus ini. Selain itu, kepentingan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sahsiah serta amanah seorang pekerja kepada ketua turut diberikan panduan khusus dalam kursus ini.

Semoga kursus LDP ini dapat memberikan nilai input dan seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan khasnya kepada warga SMK Benut. 










No comments: