Monday, April 4, 2011

Majlis Budimu Disanjung Jasamu Dikenang



4 April 2011 – Majlis Budimu Disanjung Jasamu Dikenang khas kepada ENCIK NORDIN BIN ALI (Ketua Kerani – N22) telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula jam 2.40 petang pada hari ini.  Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna kepada yang diraikan. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab SEGUGUS sesi 2011/2012. Turut hadir pada majlis tersebut Mantan Pengetua ke-10, Encik Hasnan bin Jaffar.

Encik Nordin Bin Ali merupakan Ketua Kerani - N22 pertama yang dilantik di SMK Benut. Beliau mula bertugas di SMK Benut pada 1 Julai 2009 dan pada hari ini merupakan hari terakhir beliau di SMK Benut. Beliau berkhidmat selama setahun sembilan bulan.

Pada majlis ini, beliau bersama isteri telah diberikan penghormatan untuk memotong kek yang disediakan khas sempena ulang tahun beliau yang ke-56 tahun. Beliau dalam ucapannya turut mendeklamasikan sajak yang dicipta khas untuk semua :

Kelmarin – tubuhku gagah dan sasa
-          sekarang slim dan tak larat meredah belantara
-          dimamah usia rupanya
Kelmarin – aku seorang pemuda tampan segak bergaya
-          punya rambut hitam pekat lagi berkilat
-          tapi …. sekarang ….putih merata dan banyak yang gugur
-          bibirku …. dipagari barisan gigi yang rapat lagi kuat
-          sekarang dah mereput, banyak tercabut
-          sebutanpun banyak tak betul
-          kulitku tegang, cerah sekarang gelap dan mula kendur …
-          hitam itu menawan
-          mataku … semakin kabur tak seperti kelmarin terang dan bersinar
-          pendengaranpun kurang jelas
OH….TUHAN
BANYAKNYA NIKMATKU YANG KAU AMBIL
Kelmarin aku seorang teruna penggoda
-          sekarang punya seorang isteri yang comel lagi penyayang
-          dikurniakan 6 cahayamata dan seorang cucu perempuan buah hati pengarang jantung…
-          sudah bergelar datuk rupa …
-          esok … genap 56 tahun usiaku
-          meninggalkan jawatanku yang ku sandang selama 36 tahun 3 bulan
AKU TERSENYUM ……..
-          bertambah satu lagi gelaran ….
-          namun begitu …
-          aku bersyukur …. kerana Tuhan masih memberi aku peluang sebelum memberi gelaran terakhir kepada hambanya ….

Kami warga SMK Benut mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan curahan tenaga selama ini di SMK Benut. Selamat Bersara dan bergembira meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta. Insyaallah.
















No comments: